welcome graphic

Welcome board =)

Sabtu, 25 September 2010

setelah beberapa ketika..

salam syawal..

berpeluang juga mencatat sesuatu d blog setelah lama x online. saya dapat posting d s.k Nandgan..syukur, walau bukan sekolah depan rumah, tapi sekurang2nya dapat balik tiap hjg minggu.. sekolah tu Pedalaman 2.. teda line tepon..baru ni baru lepas orientasi..2 hari isnin n selasa, d hotel juta lagi tu. then minta cuti ngn gb sbb mau urus surat tawaran..seminggu x p skolah, ada p pun jap ja, minta sign gb..haha. jumaat p kk ngn family, mau antar adik p airport. sempat urus urusan d jpn..skg semua suda settle..harap teda masalah..tinggal lagi mau siapkan tugasan orientasi..harap sempat..


hm..banyk mau cerita sebenarnya..pengalaman posting hari pertama, sampai la skg ni.. tapi tangan sakit skg..malas pula mau menulis..hehe. apapun, semua kenangan itu akan tetap terpahat dalam memori hidupku..kalo ada peluang nnt sy tulis...oh ya, isnin ni kembali p skola..harap semuanya ok..hm..cuti akhir tahun ada tinggal 1 bulan lebih lagi..hehe..abis la, asyik cuti ja..cikgu..cikgu..=)

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Jumaat, 13 Ogos 2010

Waduh...asyik ubah aja...

Salam Ramadhan..


alhamdulillah..hari ni dah masuk 3 Ramadhan.. posting mggu dpn..terasa pula debarannya.. yang geramnya, arahan berubah2..mulanya ada taklimat, pastu x jadi pula, then kena dtg lapor diri p ppd masing2 isnin depan. pastu ada ckap bleh tau skolah suda, bla kol jpn, x pula drg mau bagitau..aiyooo..suspen ni..

apapun, harapnya segala urusan kami d permudahkan oleh Allah..amin..=)

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 10 Ogos 2010

Alhamdulillahi ala kulli hal...

Salam Syaaban,


Entah kenapa, hati ini seringkali tertanya2..ujian apakah yang akan diberikan kepada ku? bukan apa...baru semalam call JPN tnya tmpt posting, drg bgtau dapat "Keningau..", gembira sangat bila dengar berita tu, dapat tempat sendiri..bukan senang tau. org lain boleh sampai kinabatangan..lahad datu, beluran..sy dapat keningau? Allah maha mengetahui segala2nya..rasa takut kadang2 muncul dikala perasaan gembira membuak2.. mengapa mudah sangat urusan..sebak rasa mengenangkan betapa Mulianya Allah.. mempermudahkan urusan hambaNya yang tidak layak seperti saya ni..mungkinkah ada ujian yang sedang menanti??? serba salah sangat bila mengenangkan semua kurniaanNya..ya Allah..ampunkan hamba-Mu ini..berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua ujian dan dugaan dari-mu ya Allah..amin

semalam ada kontek kawan2..ramai juga yang dapat bahagian pedalamn..ada dapat tenom, tambunan..semua kami akan berjumpa di keningau nanti..Hotel Juta Keningau, 15 hb ni, kul 2 ptg. apa la yang sedang menanti kami di sana tu? berdebar rasanya..sekolah d mana pun drg x bagitau lagi..apapun, ni yang seronok, baru ada debaran terasa..=) Hotel juta, nantikan kehadiran kami semua..hehe;P

malam ni ada pengumuman bila mula puasa..hm, besok atau lusa?? kita tgk ja la berita malam ni..
oh ya, lupa pula, 8 Ogos ari tu kucing kami c cumil sudah melahirkan anak..malangnya anak pertama dia mati..sebab dia ni x pandai beranak lagi, ada ka patut, tengah melahirkan anak boleh lari2 mau p tmpt anak2 kakak dia untuk bagi susu..ai..macam2..kalut kami malam tu..hehe..apapun, skg ni dia( cumil) sudah stabil,selamat lahirkan 3 ekor anak lagi. tapi risau juga bila semalam dia mengalami pendarahan lagi..x tau knp, adakah masih ada anak lagi dalam perut dia?? hm..harap2 dia x ada apa2...

apapun yang berlaku, saya suka mengungkapkan ayat ini..
"Alhamdulillahi ala kulli hal.."[Segala puji bagi ALLAH di atas segala hal]
kerana Dia( ALLAH) lebih tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya..


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Jumaat, 6 Ogos 2010

Balighna Ya Allah fi Ramadhan...

Salam Syaaban,


pantas sungguh masa berlalu..baru shj rasanya merasai detik2 permulaan syaaban semalam..dan kini, Ramadhan kian hampir..Ahlan wa sahlan ya Ramadhan (selamat datang wahai Ramadhan)..bulan yang penuh dengan keberkatan..Ya Allah, semoga Ramadhan ku pada tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.. izinkan hamba-Mu ini berada lebih dekat dengan-Mu Ya Allah..

beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan akan tiba..bulan yang ditunggu2 oleh insan2 yang mendambakan redha dan kasih sayang dari-Nya yang Esa..

dalam Ramadhan ini juga, kami yang sedang menanti dengan debaran akan mengetahui penempatan sekolah..dimana pun kami d lemparkan harapnya agar kami dapat menyalurkan khidmat sebagai insan guru dengan sebaiknya ibarat pepatah yang mengatakan andai dibuang ke tanah jadi gunung, di buang ke laut jadi pulau..biarlah kami menjadi penyambung mata2 rantai perjuangan guru2 di sana untuk mengubah masa depan anak2 d pedalaman..

semoga dengan kehadiran Ramadhan ini menjadikan kami lebih tabah dalam menghadapi detik permulaan kami memulakan khidmat nanti..Ya Allah, dengan rahmat dan keberkatan Ramadhan-Mu..engkau permudahkanlah urusan hamba2-Mu..amin..

Nur Ramadhan sudah mulai kelihatan , beransur-ansur menampakkan dirinya dan keberkatannya semakin dirasai..menggamit diri ini mengangkat tangan memohon doa...:"Balighna Ya Allah fi Ramadhan..(Ya Allah, Sampaikan kami kepada Ramadhan)"

Amin Ya RAbbal Alamin....




"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 3 Ogos 2010

Posting d Sabah..hehe




salam Syaaban,


Semalam kawan tolong cek penempatan d mana..rupanya semua sabahan dapat di sabah, yang di sarawak dapat sarawak juga begitu juga yang di semenanjung..

lepas balik dri kedai, try juga cek, mmg betul..alhamdulillah..hm..semoga ada hikmah disebalik semua yang ditakdirkan..amin...d mana la sekolah saya agaknya..hm.. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Jumaat, 30 Julai 2010

Kelahiran baru....=)


Salam Syaaban,



Alhamdulillah..semalam kucing kami yang kami panggil Kagangau sudah tidak boleh duduk diam..masuk kotak, keluar kotak..mengiaw pun x tentu pasal..keluar masuk rumah..bapa kata ni tanda dia sudah mau beranak...

awal subuh tadi..bapa dengar bunyi anak kucing..nampaknya memang kucing tu suda melahirkan semalam..gembiranyaa..perkara yang dinanti-nanti sudah tiba, baru sebentar tadi saya pergi melihat Kagangau dan anak-anaknya..wah..ada 4 ekor semuanya..hehe.. kecik lagi..hm, ini bermakna tarikh lahir mereka 30 Julai 2010. =)

hah,giliran Kagangau suda lepas, skg ni tinggal c Cumil lagi..hehe.. ntah berapa ekor la agaknya ya..sukanya..nanti mau bagi nama la pula..hm, fikir dulu.. ;p

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 27 Julai 2010

Berita yang mengejutkan...

Salam Syaaban,


Semalam ada bekas anak murid call, anak murid masa praktikum..dia sampaikan berita yang mengejutkan saya..ada cikgu d sekolah yang terlibat dengan kemalangan..yang paling menyedihkan, keta itu bertembung dengan lori, isterinya yang sy kenal juga merupakan cikgu di sekolah itu patah kedua-dua kaki, dan seorang anaknya meninggal dunia..malang memang tidak berbau..innalillahi wainnailaihirojiun... semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian yang besar ini..amin..


pengesahan kejadian dari kak lin:

"Waalaikumsalam ram... alhamdulillah sihat ...bad news tu betul...dorang sefamily( kecuali anak kedua- sufi ) trlibat dlm kmlgn ngeri..anak sulung dorang koma dlm kmlgn tu dn terus meninggal dunia...sebaya Fahmi anak kak lin yg sulung...

Cikgu Faridah..patah kedua2 kaki di bhgn paha... dioperate perutnya coz kecederaan brlaku..bhgn usus...

Cikgu Gani..patah di bghn tangan, rusuk, kepala cedera..

Tiga lagi anaknya..cedera bhgn kepala, lengan, kaki ..."


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Tahniah buat teman2 KPLI Jun 2009 -IP Tawau

Salam Syaaban,



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Untuk pengetahuan semua, hari ini merupakan hari konvokesyen untuk pelajar-pelajar Kpli ambilan Jan dan ambilan Jun 2009 Institut Pendidikan Guru Tawau..ada juga budak2 Pismp yang suda kuar konvo sekali..

kala ini mesti drg semua sedang gembira sebab bertemu dengan rakan2 setelah lebih kurang sebulan lebih tidak bersua..hm...=( sedih sangat tidak dapat bersama dengan mereka semua..bukan tidak mau pergi..tapi, keadaan tidak mengizinkan..tidak apalah..redha dengan apa yang berlaku..

saya doakan agar perjalanan majlis Konvo hari ini berjalan dengan lancar...Tahniah buat kita semua..semoga kita berjaya menjadi pendidik yang benar2 berjiwa pendidik..

Amin...

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Perkongsian Ilmu 2: Apakah dia Nisfu Syaaban?

Salam Syaaban,



Pengertian nisfu Syaaban


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


P.s: jika ada yang silap, bolehla lontarkan komen anda..agar yang silap itu dapat diperbetulkan..

Sumber:http://almizan.wordpress.com/2009/05/23/nisfu-syaaban-dan-fatwa-tentangnya/


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 22 Julai 2010

Tidak sabar rasanya..



Salam Syaaban,



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi keizinan untuk saya selaku hamba-Nya menikmati hidup di atas muka bumi ini..
Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan pada-Nya atas segala nikmat kurniaan yang diberikan selama ini..

hm..x lama lagi akan terima ahli keluarga baru..abang akan melangsungkan perkahwinannya 9 Syawal nanti..hm, walaupun agak sibuk menguruskan rumah, namun tidak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru..hm..semoga ianya memberi kebahagian kepada kedua-dua pihak keluarga..

hah, bukan pasal tu ja tau, satu lagi perkara yang saya cukup2 tidak sabar menanti ialah menanti lahirnya anak2 kucing dari dua ekor kucing beradik yang kami bela..amboi..dulu masih kecil lagi..skg dah nak jadi ibu pula kucing2 kami tu..hehe.
yang x tahannya tengok perangai dua beradik ni..masa mengandung ni banyak la telatah drg yang x tahan nak tgk..kalo yang adiknya tu asyik ngadap syiling je..nak cari cicak..sampaikan dah x nampak lagi cicak kat rumah ni, bukan sebab habis, tapi bila dengar je bunyi kucing ni pasti cicak2 tu bertempiaran menyembunyikan diri..maklumlah..bunyi dia ni kalo nampak cicak lain dari yang lain..

yang kakaknya pula lain pula, dia tengah sarat skg ni..asyik tidoooo..je kejanya..tido tu kadang2 bila ditahannya sampai tersengguk2..hehe..luculah..ari tu masa mula2 mengandungkan dulu, kucing ni siap mengidam pula..x nak makan makanan lain kecuali makanan kucing..bayangkan, ayam seketul letak depan mata pun x nak makan..ingatkan sakit ke..apa ke..rupanya mengandung..adiknya la tu..aiii..geram juga masa tu..tapi skg ni..hah, boleh pula makan.

hm, x sabar pula menanti berapa ekor agaknya anak2 drg ni..geli pula hati bila dengar sungutan bapa dulu " ai, ntah berapalah anak kucing yang bakal lahir nanti, kalo yang seekor lahir lima, yang seekor lagi lima..abisla..dah 12 ekor jadinya.." saya yang mendengar masa tu hanya menahan tawa..ai..kucing..kucing..

tika ini, adik kucing yang kami gelar si Cumil ni tengah tido kat sebelah saya ni..dah lebih 5 kali mengigau..ai..inilah ragam kucing2 kami..kakaknya pula mst tgh tido ngan patungnya..hehe..

apapun ceritanya, yang pasti..tak sabar rasanya..=)

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Bila Allah Menguji...

Salam Syaaban,


Sayu mendengar luahan rasa dari sahabat lamaku Salasiah..
bila dia ceritakan melalui SMS tentang kucing yang di belanya mati satu persatu, terasa kesedihan yang pernah saya alami suatu masa lalu..memang perit bila ada yang pergi tinggalkan kita..apatah lagi jika yang kita hilang itu adalah yang kita paling sayang..pastinya tangisan air mata darah sekalipun belum tentu mampu meredakan perasaan..apapun yang berlaku, sebenarnya itu semua adalah ujian Illahi..yang mana ianya adalah tanda sayangnya tuhan pada kita..dan mungkin ia juga adalah ujian kecil sebagai persediaan untuk kita menempuh ujian yang lebih besar.. semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dari-Nya..amin..



Bila Allah Menguji


Bila Allah menguji,
kadang ada yang tersungkur,
kadang ada yang terduduk,
namun,
tidak kurang ada yang bertahan,
malah ada yang tetap tenang...


Bila Allah menguji,
pasti ada sebilangan yang membenci,
pasti ada yang x akur,
namun,
ada juga mereka yang tunduk pasrah,
malah ada juga yang tetap bersyukur..


Bila Allah menguji,
janganlah terus-terusan merintih,
janganlah kesal dengan yang telah berlaku,
kerana,
Allah itu Maha Mengetahui,
Pasti ada hikmah disebalik semuanya..

P.s: semoga ujian demi ujian menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi perjalanan yang belum pasti..



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Rabu, 21 Julai 2010

Perkongsian ilmu: Siapa yang paling...??

Salam Syaaban..

Sahabat dan teman sekalian,

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu kita memuhasabah diri demi menjadi insan yang sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri ke arah satu tahap yang lebih baik dari hari ini..InsyaAllah..


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


P.S: semoga kita menjadi antara orang yang paling disayangi Allah..amin..

Sumber:http://jundi004.blogspot.com/

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Posting???

Makluman Tarikh Semakan Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah

20th July 2010


“Semakan Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah) ] ialah mulai 2 Ogos 2010 di Laman Web KPM”


“Tarikh Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah) ialah pada 16 Ogos 2010 (Isnin)”

Harap maklum.



-Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&lang=my

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 20 Julai 2010

Al-Fatihah buat Nenek..

Salam Syaaban,

Baru sahaja berkongsi tentang kisah nenek yang terlantar sakit di blog baru2 ini.. tanpa diduga nenek pergi menghadap Illahi pada petang hari Jumaat lalu bertarikh 16 Julai 2010 bersamaan 04 Syaaban 1431H..terkilan rasa mengenangkan nenek pergi tanpa sy berada di sisinya, sedang sebelum ini, sy selalu berada bersamanya..

" Ya Allah berilah kekuatan kepada kami semua untuk menghadapi ujian yang perit ini..
Ya Allah..semoga roh nenek dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan disayangi-Mu..."

Al-Fatihah buat nenek tersayang...


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 13 Julai 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Syaaban..=)

Salam Syaaban..=)

Alhamdulillah..skg sudah masuk bulan syaaban..habis bulan ni..akan muncullah Ramadhan..Ya Allah.. semoga aku dapat memperbaiki amalan dan ibadah ku sepanjang bulan2 barakah ini...berikanlah aku kekuatan..sesungguhnya tiadalah kekuatan melainkan hanya daripada -Mu ya Rabbi..amin..


"Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah "

bersama-sama ini sy titipkan sedikit perkongsian ilmu tentang Bulan Syaaban..namun, segala kelebihan serta fadhilat kepada amalan-amalan sunat yang saya paparkan ini bukan bertujuan menjadikan kita fokus kepada ganjaran tersebut, tetapi sekadar satu motivasi untuk kita beramal dan semoga amalan kita itu menjadikan kita berada lebih dekat dengan-Nya..belajarlah untuk ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua..amin..

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

*Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada
hambanya.
*Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka
Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama
70 tahun.
*Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat
sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir,
berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan
membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
*Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah
mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum,
mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka
terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim.


HADIS :PUASA DI BULAN SYAABAN

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )



2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)


Penerangan Hadis


1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.


" Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan.."
P/S: JOM PUASA SUNAT =)


Sumber: http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/bulan_islam.asp
http://aki2004.wordpress.com/2009/07/28/fadhilat-syaban/

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Coretan Julai..

Salam...

Baru berpeluang untuk menulis lagi dalam blog ni.. untuk pengetahuan semua,skg ni tgh tunggu posting..x tau dapat skolah mana..dgr2nya bulan 8 ni posting.. harap2 dapat tempat yang sesuai dengan jiwa sy..amin..
hm..kesal dengan diri sebab banyak prkara yang sy terlupa untuk lakukan..antaranya bila shbt2 dri semennjung dtg ke sabah, sy x dpt raikan pun.. sedih..=(

semenjak habis KPLI 19hb Jun lalu, sy terus pulang ke rumah..sedih juga berpisah dengan kawan2..tapi sy lbh bnyk memikirkan tentang aktiviti yg bakal sy lakukan d rumah. selepas 2 hari pulang dari Tawau, sy bergilir-gilir dengan mama sy untuk menjaga nenek yang terlantar sakit..siang malam kami berada d rumah mak cik (mak su)kerana nenek sy berada d rumahnya..

Sayu melihat nenek yang sudah x terdaya melakukan apa2..makan bersuap, x ada pergerakan lain selain tidur terlentang..mengiring kiri dan kanan pun sukar..kesian nenek..belum sembuh satu penyakit, sakit lain datang bertimpa-timpa..hendak d bawa ke hospital, dr. sudah kekeringan idea untuk merawat.. jadi skg hanya bertawakkal kepada Allah S.W.T.. betullah kata-kata yang slalu kita dengari.."kehidupan manusia bermula sebagai seorang bayi dan kembali menjadi bayi ketika sudah tua kelak..." dan kata-kata yang menyebut " seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun, 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.." semuanya sy dapat rasakan dan lihat sendiri kebenarannya.. semoga kami beradik tergolong dalam golongan anak yang soleh dan solehah..

kekadang sy terbayang apakah yang akan berlaku ketika sy tua nanti..Ya Allah, semoga Engkau memberikan pengakhiran yang baik kepada diri ini...jauhkanlah daripada sebarang penderitaan..jauhkanlah kami semua daripada kematian yang buruk..
Ya Allah, permudahkanlah urusan nenekku..berikanlah kesihatan kepadanya, ampunkanlah dosa-dosanya yang lalu..akhirilah segala penderitaannya yang d alami kala ini.. panjangkanlah umurnya..

Tidak tertahan mendengar rintihan kesakitan dari nenek yang sudah tiada kudratnya..
kadang siang malam tidak tidur kerana kesakitan..walaupun begitu, kagum dengan semangat nenek yang tidak mengaduh sepanjang merasa kesakitan, bahkan alunan syahadah, al-fatihah serta takbir menggantikan keperitan kesakitan yang di alami..walau kadangkala sebutan yang kurang fasih dan bacaan yang sedikit tunggang tebalik kerana terlalu perit rasa sakit..tetapi, ianya lebih baik daripada sesetengah orang yang mengeluarkan kata2 kesat semasa berperang dengan kesakitan..

semoga nenek tergolong dalam golongan orang2 yang beriman..amin..


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Ahad, 13 Jun 2010

Cuma tinggal seminggu sahaja lagi..

Salam...


Sedar x sedar, perasan nda perasan.. hanya tinggal seminggu ja lagi untuk sy n batch kpli amb. jun 2009 untuk berada di IPG kampus Tawau ni..mmg setahun tu terlalu singkat dan pantas masanya..anyway, pelbagai kenangan dan peristiwa yang berlaku..semuanya mengundang seribu satu hikmah yang kadang kala tidak kita sedari..apapun yang berlaku, masa tetap akan terus berlalu..mungkin nda lama lagi, sy akan menulis tentang tempat posting yang bakal sy jejaki..ntah d mana laa tmpt tu ya..harap2..xla terlalu jauh n sukar..

buat kawan2 se"KPLI",temuduga SPP sudah pun kita lalui..insyAllah..kita semua akan lulus..hanya tinggal 2 hari lagi kita akan ber"KISSM" bersama..then Dinner, pastu Ujian Akhir Kursus(UAK)pada 19 Jun 2010..lepas tu.."Selamat Tinggal IPG Kampus Tawau".. semoga kita semua akan beroleh kejayaan..akan tetapi, biarpun kita akan berpisah..namun, seperti yang selalu saya katakan " PERPISAHAN itu bukanlah titik noktah buat sebuah PERKENALAN..", mungkin kita akan bertemu d PPD yang sama untuk melapor diri..hehe..mungkin kita dapat bertemu d pekan yang sama ketika membeli belah semasa sudah posting nanti..atau mungkin kita akan membangunkan SEKOLAH yang sama..(hehe..)apapun yang d mungkinkan..kita semua tetap kawan..so, keep in touch..hehe..

wah..jauh sudah sy fikirkan..exam UAK nda lepas lagi..hehe.. anyway..AlL THE BEST FOR US!!!

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 10 Jun 2010

Debaran kian terasa...

Hari ini merupakan hari temuduga SPP ku..huhu..dalam beberapa jam sahaja lagi.em, semoga aku d permudahkan oleh-NYA..bnyak lagi belum baca sbnrnya..ni bangun awal ingat mau baca..x tau la smpt ka x. temuduga kul 7.30 pgi ini.. bilik 3, pusat sumber ipg kampus tawau dan saya merupakan org yang kedua..Ya ALLAH..mudahkanlah urusan hambamu ini..amin..k la, mau smbg baca nota dulu..uhuk..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sabtu, 5 Jun 2010

Lumrah Kehidupan..

salam,

adeh..sabtu ahad ni boleh la rehat2 jap..actually, kami baru sahaja memulakan kursus KISSM (kursus induksi sistem saraan malaysia)pada 2 hb jun 2010..bermula dengan taklimat dan pengenalan KISSM. untuk pengetahuan, dalam KISSM ni ada 1 slot khas..iaitu Pengucapan awam yang mana tidak akan ada seorang pun yang terlepas untuk melaluinya..ianya akan dilaksanakan setiap kali habis satu slot ceramah. ntah kenapa bertuah betul diri ini..pada sesi pembukaan tirai pengucapan awam..saya telah menjadi orang pertama peserta perempuan iaitu orang kedua untuk melakukan pengucapan awam..adeh..mmg la En. Is**** mau mengenakan saya..dahla dapat tajuk DEB(Dasar Ekonomi Baru), d tambah lagi saya yang mmg xminat sejarah ni..huhu..anyway..sudah lepas..fuhh..skg ni kena bertungkus lumus menyiapkan tugasan individu n kumpulan. cuti hujung minggu pun mcam x cuti jak..sbb bnyk tugasan mau siapkan..nsb baik x bertambah2 macam masa kuliah dulu. minggu dpn hari khamis turn sy temuduga SPP..adoi..semoga d permudahkan..lepas temuduga tu, ada pula UAK (ujian akhir kursus) adeh..mmg debaran x habis2..apapun, semuanya perlu d tempuh..Hidup ini umpama Roda..kadang atas , kadang di bawah, kadang senang, kadang susah..apapun, bersyukurlah kerana roda anda berputar(bak kata en. R***** hehe)..ini lah yang dinamakan LUMRAH KEHIDUPAN...

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 25 Mei 2010

Umur ku suda bertambah angka..huhu

Alhamdulillah... masuk hari ni genap la umur ku 24 tahun..ini bermakna sudah 24 tahun aku hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini[ bertambah suda angka umurku..]syukur..Allah masih memberi peluang untukku menghirup udara segar milik-NYA..tak lama lagi, aku bakal bergelar "guru"..ntah la d mana akan ditempatkan..harapnya tempat tu nanti x la sesukar yang di bayangkan..Ya Allah..berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini..

oh ya.. memandangkan hari ini merupakan ulang tahun hari lahirku, aku berazam untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan ku..lebih baik dari tahun sebelum ini..hehe..

sebenarnya, aku tidak la mengharapkan teman2 ku mengingati hari lahirku..apatah lagi menghulurkan hadiah..akan tetapi, apa yang tidak ku harapkan , itulah yang berlaku..adehh.. rasa sangat2 terharu dan x tahu mau berkata apa2..

Pagi tadi,(kebetulan kursus pedalaman sekarang ni) teman2 sekelasku bersungguh2 hendak melakukan pembentangan..pelik juga bila tengok mereka ni bersungguh2 nak bentang..yang lelaki pula tu.sebelum ni x pula macam tu.."agaknya excited kot dpat buat slide yang cntik.."bisik rakanku Marcella..aku mengiakan.."agaknya laa..tapi macam pelik pula.." bisik hati kecilku..terasa kagum dan seronok bila melihat kesungguhan rakan2 sekelas(lelaki) yang bersungguh2 menyelesaikan tugasan[perkara yang jarang sekali aku rasai sepanjang KPLI ini..hehe] tanpaku duga, rupanya mereka sudah merancang mengenakan aku..adeh..di slide yang terakhir..namaku muncul beserta ucapan "SELAMAT HARI LAHIR" dan dengan tak malunya Roslan selaku pembentang pada ketika itu membawa seluruh ahli dewan kuliah untuk sama-sama menyanyikan lagu " Selamat Hari Lahir " untuk ku..rasa mau pitam ja...hehe.. apapun..terima kasih kawan2..terima kasihk.dk, roslan, Nazri,nazly, Linda, Leo,Jolifah, Liza,Marcella,zila, Rod, Zihad, helda dan semua rakan-rakan KPLI sains Khasnya dan umumnya buat semua rakan2 KPLI SR ambilan Khas Jun 2009..

Tidak lupa buat sahabat2 lama yang masih mengingati diri ini..syukran atas ucapan dan doa kalian..

terasa diri ini x layak untuk diperlakukan sedemikian rupa..aku bukan la teman yang baik, aku bukanlah sahabat yang sempurna, aku bukanlah seorang yang prihatin..tapi aku tetap mendapat teman2, rakan2 serta sahabat2 yang baik, sempurna, prihatin dan sayang akan diri ini..syukur Ya Allah atas kurniaan-Mu ini..Ya Allah..jadikanlah aku seorang sahabat yang mampu membahagiakan sahabatnya..seperti mana sahabat2ku membahagiakan diri ini..amin..

"Terima kasih buat semua sahabatku..aku sayang kamu.." =)

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sabtu, 22 Mei 2010

Pengajaran dari Kucing...

Hm.. kalo sebut kucing, mesti ramai yang suka dengan kucing. yala, kucing kan comel..manja..tapi, tidak kurang juga yang tidak menyukainya..apapun, bagi saya, kucing adalah binatang kesayangan saya dari kecik2 dulu..sampailah sekarang..=)
kenapa saya tiba2 tulis pasal kucing? haaa..ni la yang saya nak kongsikan disini..bagi saya kucing ni banyak ceritanya..dan sebagai pencinta kucing, saya gemar memerhatikan kehidupan kucing ni dan seterusnya reflect balik dalam kehidupan manusia..
Dijadikan cerita, di asrama skg ni banyak kucing.. pada suatu hari, saya nampak bnyk anak kucing dibuang tanpa ibu di kawasan blok asrama kami.."mungkin ada yang pindahkan"desis hati kecil ini..kesian tgk anak2 kucing yang masih kecil berada dalam kotak yang sy kira tempat mereka dilahirkan.." aii..kesian kucing ni, ada ibu tapi manusia pisahkan.. kalo manusia, ada anak buang-buangkan..mmg manusia ni suka buang anak lah, anak kucing pun mau dibuang..huh!!" geram je rasa bila fikirkan sikap sesetengah manusia ni..pada masa tu, sy mmg agak sibukla..sy rasakan mungkin ibu kucing tu akan cari juga..sy tau ibu kucing tu ada di blok sebelah..mmg ibu kucing tu sedang mencari anak2nya..x sangka pula di blok kami anak2nya d campakkan.. oleh kerana tidak ada masa, saya hanya sempat berpesan kepada kakak guard blok bahawa ibu kucing tu ada di blok sebelah..

Hari seterusnya, anak kucing tu masih berada ditempat tersebut..kesian, ntah ada makan or tak..rasanya ada juga yang bagi makan kat baby kucing tu..saya sempat bertanya kepada kakak guard tu, dia pun menjawab " suda juga saya bawa mama dia datang..tapi lepas dia cium2 anaknya..dia terus kasi tinggal.."hmm..mungkin bau anaknya dah lain sebab suda banyak tangan2 penghuni blok kami yang menyentuh anak kucing tu..jadi dia x nak lagi menyusukan anaknya..sedih pula..ini bermakna, anak2 kucing sebanyak tiga ekor tu tidak akan ber'ibu' lagi...

Untuk pengetahuan semua, di blok kami memang ada seekor ibu kucing bersama dua ekor anaknya..dan dia juga baru mendapat baby baru sebanyak dua ekor lagi[ada lagi kucing lain..tapi saya just mention kucing yang ada watak dalam cerita saya ni je..hehe], saya memang bagi makan juga dekat drg ni..hehe. Dipendekkan cerita, saya ambik keputusan untuk beli makanan kucing..kesian baby kucing tu..lapar sangat sampai berebut2..saya bagi makan secara berasingan..yela, nanti drg ni bergaduh pula..selain saya, ada lagi penghuni blok saya yg bagi makan kucing ni..siap ada yang bagi mandi lagi..hehe

Sampailah pada suatu hari..makanan kucing dah habis..saya x tau mau bagi makan apa ngan anak kucing tu..bagi susu, drg belum pandai minum sendiri lagi, lalu, saya tiba-tiba mnedapat idea.."ting!"..hehe.. saya pun bawa ibu kucing yang ada d blok kami, "mesti dia ada air susu, anak dia yang kecik, tua beberapa bulan je dari baby kucing terbuang ni.."lalu saya cuba mendekatkan secara perlahan2 anak kucing tu kepada ibu kucing lain..takut2 kucing tu makan baby kucing yang bukan anaknya..abisla..

saya cuba belai kucing tu..bagi dia "calm down"..hehe..baby kucing tu, bila nampak ja ibu kucing tu, drg terus menyerbu untuk menyusu..alangkah terkejutnya saya bila melihat respon ibu kucing tersebut..dia hanya berdiam diri dan beberapa ketika selepas itu dia menjilat-jilat anak-anak kucing yang bukan kepunyaannya..seperti anaknya sendiri..rasa terharu, sebak ,gembira bercampur baur dalam hati ini..inilah sifat kucing yang saya kagumi..biar bukan anaknya, tapi kasih sayangnya tetap ada buat anak-anak kucing terbiar itu..

Bila saya reflect balik kepada kehidupan kita sebagai manusia..banyak pengajaran yang boleh diambil..hm..kalo kita lihat di kaca2 tv..berita pembuangan bayi banyak diperkatakan.."Mayat bayi di bakar", "Mayat bayi dijumpai dalam tong sampah", "Tangan bayi digonggong anjing.." banyak..sungguh banyak!!! cerita2 yang tidak sepatutnya berlaku..tetapi semakin banyak dan berleluasa di muka bumi ini..aduhai manusia..di manakah terletak akal yang dikurniakan Tuhan kepada mu..sedangkan akal itu yang meninggikan darjatmu berbanding makhluk2 tuhan yang lain diatas muka bumi ini.. kes2 buang bayi semakin berleluasa..sehinggakan tertubuhnya talian prihatin..sebagai satu jalan penyelesaian kepada kes buang bayi ini.."kalo nak buang anak, jangan buang merata, kol je talian prihatin..nanti ada org datang ambik.." apa sudah jadi kepada kehidupan manusia sekarang ni???!!! kenapa perkara ini boleh berlaku? siapa yang harus dipersalahkan?? tidak adakah lagi sikap belas kasihan dalam diri si pembuang bayi?? sudah la buat dosa maksiat, di tambah lagi dengan dosa memmbunuh!!! memangla manusia ni lebih kejam dari binatang..baik x payah jadi manusia!! " saya terpaksa..sudah tidak ada jalan lain.."teresak2 gadis yang telah membuat pengakuan membuang bayi..amboi..masa "buat" tidak pula ingat apa yang akan berlaku selepas itu..semuanya seronok je..tapi.. bila perut sudah bulat..baru rasa menyesal..kata orang tua2.."sudah terhantuk..baru terngadah.." huh!! kalo menyesal dn bertaubat bagusla..ni ada yang suda jadikan sebagai hobi pula..syabas manusia..inilah kemajuan yang kita ingin capai..negara maju..akhlak MUNDUR!!!

adeh..emosional pula daa..bukan apa,kadang-kadang perkara ini membuatkan saya berasa malu menjadi seorang yang bergelar manusia..hm..mungkin tidak semua..tapi yang sebilangan itulah yang menjadi perosak kepada gelaran "khalifah" manusia itu di muka bumi tuhan ini..semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang sebegitu..

ok la, kembali kepada kisah kucing, sekarang ni saya dapat lihat kucing2 ni sudah boleh hidup bersama..walau bukan dari keturunan yang sama..tapi boleh tidur, makan , minum susu malah main bersama2..seronok sangat tengok kucing2 ni..kalo dulu baby kucing tidur bertiga..sekarang suda tidur berlapan..wow..banyak tu..kalo dulu drg ni x pandai main..sebab ingat lapar ja..skg sudah pandai bergurau senda..syukurla.. ingat nak download gambar kucing2 ni..tapi masih tidak berpeluang lagi..nanti la, senang2 saya download k..hm..panjang suda saya berceloteh ni..nak p tgk kucing2 tu la..ntah apa drg buat skg..mungkin tido..mungkin main..hehe..ok..wassalam


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 20 Mei 2010

Alhamdulillah..satu step lagi kehadapan...

salam..

akhirnya..selepas berhempas pulas selama tiga hari berturut2..lepas juga exam final KPLI Jun 2009 di mana pagi tadi paper terakhir kertas SN 2051 P(2)R berakhir pada 11.30pagi ..alhamdulillah..lega sikit..lepas ni tawakkal ala Allah..saya sudah berusaha yang terbaik..(hehe..maka...) apapun, bsok mula sudah kursus pedalaman..ntah macam mana ni..teda makluman lagi..skg ni yang mendebarkan ialah temuduga SPP yang akan d adakan sekitar 8,9,10 dan 11 Jun 2010..saya dgr2nya d interview pada 10 Jun..semoga d permudahkan..semoga Allah melembutkan hati penemuduga kami nanti..=)..k la, lambat sangat broadband digi ni..aii..tention..buang masa betul.. oh ya, kepada kawan aku yg minta downloadkan nota ari tu kat blog ni..maaf la ya..x ada masa..dahla broadband slow..mungkin akan datang saya akan kongsikan ilmu2 yang bermanfaat dalam blog ni..nantikan ia..hehe..sekian untuk ari ini..wasalam..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Isnin, 17 Mei 2010

Perasaan sebelum Exam KPLI ..18 Mei 2010

ALhamdulillah...sempat juga saya memberi respon sebelum menduduki exam IP [ilmu pendidikan] pada hari esok...kbtln mau download soalan kan...hehe..
hm...bnyk lagi belum study..ntah la mcam mana besok ni..harap-harap dapat jawab..
mcm mna juga mau habis study..buku ada 4 biji..huhu..mau habiskan dalam 3 hari mana sempat..mana mau study sains lagi..adeh..anyway, kalo fokus tinggi mungkin la "2 buku sehari" tapi kalo macam saya ni..aii...tadi study d library..best juga la, x tertdo pun, bukan macam d bilik..baru buka buku 30 minit..tido memanjang 3 jam..hehe mmg laa..lagipun kalo di library, ada kawan2 yang tanya2..mmg la x akan tertido..huhu..ya Allah..permudahkanlah urusanku..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 13 Mei 2010

Kursus oh kursus...

lamanya x menulis dalam blog ni..sibuk yang teramat...
hm..tengahari tdi baru menghabiskan satu lagi Kursus iaitu kursus PERASA- "Pembimbing rakan sekerja" selepas habis praktikum, macam2 kursus kena ikut..kursus integriti, kursus intel dan kursus PERASA ni. lepas ni ada exam..aduii..x habis belajar lagi..
bukan x habis..belum mula pun..besok..dgr2 akan ada satu kursus adhoc lagi..aduihh..lepas exam mggu dpn kami akan kursus modul pedalaman, temuduga SPP then kursus KISSIM..mmg penat..apapun..semuanya untuk kebaikan kami..macam kursus PERASA yang baru habis tadi..banyak benda sy dapat pelajari antaranya apa itu IQ, EQ and SQ dan semuanya membawa kita kembali kepada fitrah bahawa kita ni hanya manusia..yang tiada apa2..semua yang kita ada sekarang ni adalah anugerah dari-Nya..jika Allah tarik semua kurniaannya...pasti kita tidak ada apa lagi yang tinggal..oleh itu, tidak usah la berbangga dengan apa yang kita ada sekarang ini..jadilah hamba-Nya yang taat dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..sebak juga bila nak tinggalkan IP ni..mungkin ada rasa gembira..tapi kenangan yang termuat dalam tempoh tidak sampai setahun di KPLI ni, membuatkan ianya amat lah berharga dan tidak mungkin dilupakan..Ya Allah..permudahkanlah segala urusan ku dan Engkau redhailah hambamu ini..amin...

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sabtu, 1 Mei 2010

Sedar tak sedar...

Salam hari pekerja..hmm..pantas sungguh masa berlalu..sedar tak sedar..tup..tup.. dah masuk 1 Mei 2010..ai...apapun..aku masih begini..tidak banyak yang berubah..walau setiap kali ada saja azam baru yang dilafazkan..tapi..sukar untuk melaksanakannya sesempurna mungkin.. manusia..x ada yang sempurna..ntahlah, mungkin keazaman tidak teguh..pasal tu la kot apa saja yang diazamkan sering menemui jalan buntu..huhu..apapun..buatlah yang terbaik untuk setiap pekerjaan yang dilakukan..adeh.. KPLI mungkin akan habis dalam masa 1 bulan lebih sahaja lagi..exam semakin menghampiri..banyak pula tugasan yang mendatang..adeh..bila mau belajar ni..Ya Allah..mudahkanlah urusan hamba-Mu ini..amin..
"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 29 April 2010

Science Teaching & Learning Exhibition

akhirnya baru berpeluang untuk menulis lagi dalam blog ni..beberapa hari kebelakangan ini sibuk sikit..dengan tugasan, exhibition, kuliah..memang penat..anyway..hari ini unit KPLI Sains akhirnya berjaya menganjurkan program exhibition..walaupun x la seberapa..tetapi yang membanggakan..program ni julung kali d adakan bagi pihak KPLI Sains..jemputan yang turut hadir Pengarah, timb. Pengarah, Ketua jabatan n lecturer-lecturer sains..macam x sangka ja..anyway..tahniah untuk rakan2 seperjuangan KPLI-Sains..lepas ni ada program actio research lagi..exam lagi kursus..baru tadi dapat lagi assignment baru..wah..ni baru best!(dalam hati..tuhan je yang tau..)oh ya, actually, program exhibition ni antara tujuannya adalah untuk berkongsi bahan-bahan bantu mengajar yang kami gunakan semasa praktikum.adik2 PISMP sains ada juga datang. dalam program tadi kami turut dinilai oleh pensyarah2 tertentu..alahai..entahlah..rasa macam teruk sangat persembahan pameran d bahagian saya tadi..x pala..asalkan ianya hasil titik peluhku sendiri..Ya Allah..jadikanlah aku hamba-MU yang bersyukur..amin..=)


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Ahad, 25 April 2010

Mission complete!!!

hari ini x turun padang..sebab kami ada misi lain yang perlu disempurnakan..actually, semalam bestday kawan sekelasku zila..so, tadi kami bt sedikit jamuan ringan..masak memasak..almaklumlah..ada rice cooker(pinjaman je)..kalo ari tu menu sarapan tengah hari: bubur kacang, nasi impit, kuah kacang, ikan goreng dalam tin, kari ayam tin, pisang dan air lemon tea..kali ini menu baru pula untuk makan malam: bubur nasi+ ayam, telur rebus bersambal ikan goreng, sup mee segera + timun+ lobak +telur,sambal tomato,kari ayam tin, air buah dan pisang.. best juga main masak2 ramai-ramai ni..macam kenduri pula..rasanya kami (budak pompuan kpli sns) je yg berani bt macam ni..hehe..mayb, ini program masak2 yang terakhir bt kami..hm..lepas ni bnyak keja perlu disiapkan..adehhh...anyway..mission complete!!!



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Hobi baru???



baru-baru ni, ada pertandingan bola jaring peringkat ip kampus tawau..
huhu..kawan2 bawa masuk team..adeh.."x ada org lain ke??" bisikku dalam hati..anyway, akhirnya aku bg je namaku untuk mencukupkan korum..hehe(jadi simpanan tetap je..). dijadikan cerita..selepas team aku main, aku pg pinjam bola tampar..lama dah tinggal bola tampar ni..last main time sukan persilatan dkt kampus. tu pun masa tahun 1..hehe. aku mmg minat ngan bola tampar ni..almaklumlah..main tampar2 je..tapi x la champion.. masa pinjam tu, ingat nak main2 gtu2 je..x sgka pula kawan2 aku yang lain seronok g join..hehe..apa lagi..lawan laa... lepas tu, bola tu ak p minta excuse utk pinjam sampai esoknya..( actually..bola tu pinjam atas nama linda..hehe) akhirnya d benarkan.. dipendekkan cerita, main lagi bola tampar tu esoknya..then minta lagi extend tarikh pemulangan..last2..encik tu kata" xpa la..hntar isnin ni.." "er..en. kalo kami nak pinjam lama lagi buleh???" dengan muka kesian.." kalo mau pinjam lagi,buat peminjaman baru" tegas en. bola tu..eh..en. yang jaga bahagian stor alat tu..dengar je jawapan en. tu..macam mau lompat2 je dkat ctu..nsb baik x terlompat..hehe. apapun...sehingga ke hari ini, bola tu masih d bilik..semalam ada juga main..tapi x seronok kalo x ramai orang..mgkin sebab ramai yang g semporna..tgk pesta "lepa2". apa yang ada kat pesta tu?? org cakap ada pesta air..ntahla..yg penting aku x tergolong dalam golongan yang p..huhu.hm.. ptg ni kalo ada org ajak main best juga..hoho..hm..mcm addicted la pula..hobi baru ka ini?? just wait n see..







"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Jumaat, 23 April 2010

Cerpen: Pasangan Soleh

Nizam menangis semahu-mahunya. Menangis melepaskan segala apa yang menyesakkan hatinya. Hatinya terasa perit yang bersangatan. Sukar baginya untuk menerima sebuah kenyataan. Dalam bilik itu, Nizam melepaskan segalanya, tidak mungkin lagi dia mampu berpura-pura tersenyum tenang.

-----------------------

Nizam mencium dahi isteri yang baru dinikahinya. Isteri yang halal baginya. Dia merasakan perasaan nyaman yang menyenangkan saat menatap wajah isterinya. Dia bersyukur kerana dikurniakan Allah akan isteri yang sangat menyenangkan hatinya.

”Abang..nanti kita bertilawah sama-sama ye? Abang cuba periksa bacaan Safi,” tanya Safi sambil membaringkan kepalanya ke riba suaminya. Nizam mengangguk sambil mengusap lembut ubun-ubun isterinya yang masih bertelekung. Dia mencium dahi dan kelopak mata isterinya. Dia sangat-sangat bersyukur kerana isterinya mahu ikut bangun menunaikan solah tahajud dengannya. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang sholeh merupakan antara petunjuk kebahagiaan yang dipandukan oleh Ibnu Abbas r.a.

-------------------------

Terasa lututnya kian melemah untuk terus berdiri. Nizam tetap juga menangis. Tangannya diraupkan ke muka. Perlahan, dia berdoa agar hatinya dicekalkan oleh Allah untuk menerima kenyataan ini. Berdoa supaya perit yang terasa amat menyesakkan,sirna dari hatinya. Dalam doanya, dia berterusan menangis.

------------------------

Setelah selesai memeriksa akaun perniagaannya, Nizam bersegera mengambil wuduk dan menunaikan solah taubat dan hajat dengan khusyuk sebelum bersiap untuk tidur. Sesudah memberi salam, dia terlihat isterinya yang telah nyenyak tidur. Dia tersenyum dengan pandangan kasih pada isterinya. Tiba-tiba, dia teringat bahawa ada sesuatu yang ingin dilakukannya sebelum tidur. Dia menuju ke meja dan mencapai kertas yang tercatat sesuatu. Dia cuba menghafalkan kandungan yang ditulis olehnya. Malam itu, Nizam terlena di atas meja bersama catatan di tangannya.

Awal pagi itu, Safi bangun sambil menggosokkan matanya. Dia hairan kerana suaminya tidak mengejutkannya seperti biasa. Bertambah hairan apabila suaminya tiada di sisinya. Rasa cemasnya segera hilang apabila melihat suaminya sedang tidur pada meja tulis. Safi bingkas bangun untuk menggerakkan suaminya, dan terlihat catatan yang terhimpit di tangan Nizam. Safi cuba memahami catatan itu dan matanya basah secara tiba-tiba.

Safi mengetahui suaminya tidak meminati muzik dan tidak tahu menyanyi. Pernah sekali Safi memberitahu Nizam bahawa dia sukakan sebuah lagu yang didengarinya. Hatinya sangat tersentuh apabila melihat catatan yang terhimpit di tangan suaminya adalah lirik lagu yang digemari olehnya.

------------------------

Nizam baring dan berusaha menahan emosinya. Dia mula mengaturkan kembali nafasnya dan menghilangkan isak tangisnya. Dia insaf pada dirinya yang lemah menanggung ujian. Tidak henti-henti hatinya berdoa agar dicekalkan dan dipermudahkan Allah akan apa yang telah menimpa dirinya. Walau begitu, tetap saja air matanya terus mengalir keluar dari matanya.

----------------------------------

Safi menggigil. Suhu badannya meningkat. Berulang kali keluhannya pada Nizam menyatakan dirinya sangat sejuk. Hanya Allah sahaja yang mengetahui cemas yang menyelubungi hati Nizam. Dia menyelimutkan isterinya, menyuapkan air dan ubat. Nizam menjadi tidak senang duduk dan sentiasa berjalan ulak alik di sisi Safi. Safi menolak bila diajak untuk ke hospital. Safi mengatakan dirinya hanya terkena demam biasa. Safi tersenyum melihatkan kecemasan yang melanda suaminya.

” Kenapa Safi senyum? Jangan buat abang risau.” Nizam mengerutkan dahi.
” Abang..kenapa lah tiap-tiap kali Safi sakit, mesti abang jadi macam ini. Cemas tak tentu pasal. Safi demam biasa je abang. Macam mana lah kalau nanti jadi apa-apa kat Safi. Macam mana dengan abang?” Safi masih tersenyum. Wajah pucatnya tetap ayu dipandang Nizam.
“Dah..! jom ke hospital. Kenapa takut sangat nak jumpa doctor dengan makan ubat? Bukannya doctor tu makan orang. Perangai macam budak-budak. Abang pergi ambil baju salin.” Nizam cemas.
“Taknak!” Safi kembali memejamkan matanya.

Keesokannya, Safi sihat seperti biasa. Menyediakan sarapan sambil mengejek-ngejek suaminya yang cemas semalaman.

“Demam kura! Lain kali abang taknak peduli Safi lagi.” dengus Nizam.
”Eleh..kata je taknak peduli,tapi bila Safi sakit,abang cemas tak tentu pasal..hehe. wekk.” Safi mengejek sambil mendekatkan mukanya kepada muka Nizam yang berpaling. Nizam melepaskan roti di tangannya lalu mencapai pipi Safi dan mencubitnya. Ditariknya Safi mendekat kepadanya, dielus lembut rambutnya.

”Kalau Safi sakit lain kali, Safi kena dengar cakap abang. Jangan buat abang risau lagi ye?” Nizam bertutur lembut. Perkataannya disulami dengan rasa kasih yang tulus.
Safi mengangguk. Dia memahami kehendak suaminya. Tapi kemudian menjauhkan dirinya dari Nizam.
”...tapi Safi suka tengok Abang risaukan Safi..hee” ejek Safi sambil berlari-lari anak.

--------------------------

Nizam bangun dan mencapai mushaf al Qur’an. Dibacanya ummul kitab dan dibukanya pada helaian surah At Taubah,surah kegemarannya. Dilapkan air matanya pada tuala kecil dan meneruskan bacaan. Perlahan, air matanya mulai mengering dan isak tangisannya berkurang. Dengan rasa tenang, Nizam cuba memahami sedikit maksud ayat-ayat yang pernah dipelajarinya. Sesekali bacaannya terhenti dan diteruskan kemudiannya.

---------------------------

“Allah s.w.t dengan kerahiman Nya telah mengurniakan pelbagai nikmat pada hambaNya. Dan nikmat yang paling mahal adalah nikmat iman dan Islam. Dengan Iman, kita mengenal siapakah Rabb yang telah menjadikan kita. Dengan Islam, kita memahami petunjuk jalan hidup yang dikehendaki Allah pada umat manusia.

Hati yang beriman, sentiasa cinta dan rindu kepada penciptaNya. Hati yang beriman sentiasa mengawasi tingkah lakunya. Hati yang beriman sentiasa berusaha memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t. Hati yang beriman sentiasa beramal dengan perintahNya yang akan menjauhkannya dari azab dan murka-Nya. Hati yang beriman sentiasa mengharap rahmat dan ampunanNya.

Bersyukurkah kita akan nikmat paling mahal yang dianugerahkan Allah kepada kita? Adakah hati-hati kita sentiasa berzikir mengingatiNya dengan rasa takzim akan kebesaranNya? Pernahkah lafaz-lafaz bicara kita mengagungkan kehebatan Nya? Hati-hati kita benar-benar berserah pada ketentuanNya, menyembah pada Allah yang Esa? Sesungguhnya tiadalah yang kekal hanya melainkan Allah yang Maha Kuasa.”

Nizam menyudahkan tazdkirahnya. Safi mencapai kitab Riyadh as Solihin dalam tangan suaminya untuk disimpan. Safi bergerak dan duduk bersandar di dada suaminya. Dicapai tangan suaminya dan digenggam erat tangan suaminya.

”Safi bersyukur pada Allah sebab dikurniakan pasangan hidup seperti abang. Jiwa Safi tidak pernah kosong dari kasih sayang Allah. Abang membimbing Safi menjadi lebih dekat padaNya.” Safi bersuara lembut.

Nizam mencium ubun-ubun isterinya. ”Abang pun bersyukur sebab dikurniakan Safi sebagai isteri. Safi sebaik-baik pendorong pada abang. Safi menurutkan kemahuan abang untuk lebih bersemangat mengenalNya. Safi adalah sebaik-baik kesenangan dunia pada Abang. Alhamdulillah.”

----------------------

Nizam menyudahkan bacaannya. Dia menutup dan menyimpan mushaf al-Qur’an. Nizam kembali duduk ke atas sejadahnya dan mula beristighfar. Jiwanya terasa damai dan tenang. Rasa perit yang menyesakkan kini berubah menjadi rasa mengharap yang sangat tinggi pada rahmat Allah dalam hatinya. Nizam berterusan beristighfar sambil membenihkan rasa-rasa pengharapan . Benih pengharapan yang ingin dicambahkan dalam doanya.

-----------------------

Nizam marah. Dia beredar meninggalkan bilik dengan membawa bantal dan selimut. Disusun bantalnya di atas sofa halaman ruang tamunya. Nizam terus merebahkan badannya dan memejamkan mata. Hatinya berulang kali beristighfar untuk mengurangkan rasa marahnya. Dia berusaha mengosongkan fikirannya dan memejamkan matanya.

”Abang..kenapa abang diam? Bagitahu Safi apa yang buat abang marah? Safi tak tahu apa kesalahan Safi kalau abang diam. Abang..jangan begini abang. Mari kita tidur di bilik.” Safi mengusap-ngusap lengan suaminya. Safi sangat memahami tabiat suaminya yang tidak mahu bersuara langsung ketika marah. Tapi dia juga tahu yang suaminya akan menjelaskan segalanya ketika hatinya tenang. Safi berusaha menenangkan hati suaminya. Namun dia resah melihatkan suaminya yang seakan tidak memperdulikannya.

”Abang...jangan buat Safi begini.” Safi mencapai telapak tangan suaminya dan meletakkannya di pipinya. Diusap tapak tangan suaminya lembut pada pipinya. Safi cuba bertahan namun air matanya tetap menitis keluar dan membasahkan tapak tangan suaminya.

Dia sedikit tersentak apabila tangan suaminya bergerak perlahan mengesat air matanya. Dilihatnya wajah suaminya yang memberi perhatian mengelap titisan air matanya.

“Safi..kan banyak kali abang dah melarang Safi berchatting dengan lelaki yang Safi tak kenal. Safi dah punya suami..” Nizam memulakan bicaranya.

”..tapi Safi tak buat apa-aa...” jawapan Safi terhenti apabila Nizam menutup mulutnya lembut. Nizam terus mengesat air mata Safi yang masih mengalir.

”Abang faham Safi seorang isteri yang baik. Abang juga tahu Safi sering berchatting dengan kawan-kawan sepengajian dengan Safi. Sedikitpun Abang tak salahkan Safi. Tetapi kadang-kadang abang lihat Safi layan juga lelaki asing yang mahu berchatting sekadar suka-suka. Walaupun abang tak sangsi dan ragu pada kejujuran Safi, tapi abang tidak suka perkara begitu. Abang cemburu. Dan abang tidak senang biarkan rasa cemburu abang ini terpendam begitu sahaja dan membiarkan Safi dengan kebiasaan yang Abang tidak suka. Abang suami Safi. Abang mahu meredhai seluruh perlakuan Safi, sedikitpun abang taknak simpan rasa tidak senang pada Safi. Bukan ke Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Fatimah r.ha,” Hai anakku, tidakkah engkau mengetahui bahawa kerelaan seorang suami itu juga merupakan kerelaan Allah dan kemarahan seorang suami itu juga merupakan murka Allah. Hai anakku, seorang perempuan yang beribadah menyerupai seperti ibadahnya Maryam putri Imran, Kemudian suaminya tidak merelakan kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadah darinya. Hai anakku, amal yang paling utama bagi para wanita ialah ketaatan mereka kepada suaminya....””

Nizam memegang ubun-ubun isterinya,” Abang marah kerana nak Safi faham kehendak abang sebab abang sebelum ini dah pernah menegur Safi, maafkan abang.”

Safi terus menangis, dia menganggukkan kepalanya. ”Safi faham abang. Safi akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Maafkan Safi abang.”

Nizam tersenyum,”Abang maafkan. Kasihannya isteri abang ni kena buli..hee”

Safi terus menumbuk-numbuk dada Nizam. Mukanya memerah dan bingkas bangun dan berlari-lari anak menuju ke bilik, ”Abang tetap kena tidur dekat luar! Padan muka abang.”
”Aikk? Pulak?” sahut Nizam sambil ketawa kecil,lucu melihatkan telatah Safi.

---------------------------

Nizam semakin larut dalam zikirnya. Dia menyerahkan dirinya secara total kepada kehendak takdir Allah. Dia menerima segalanya dengan rasa rendah diri sebagai hamba yang lemah. Keluasan rahmat dan kasih sayang Allah tiada bertepi baginya. Pengharapan demi pengharapan telah menghidupkan hatinya daripada kegelapan akibat kesedihan dan kesengsaraan perasaannya. Aqidahnya meyakini bahawa jodoh, rezeki dan ajal sudah ditentukan Tuhannya.

Nizam membuka matanya yang redup. Dia bangun dan memperbaharui wudhunya. Nizam kembali ke biliknya dan mula berdiri untuk menunaikan solah sunat. Hatinya kini cuma mengharap pada keampunan dan rahmat Allah s.w.t. Memohon agar dilindungi Allah daripada syaitan yang direjam, Nizam memulakan solahnya.
!
Andai Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali r.anhum di suatu puncak gunung, kan ku daki gunung itu sedayanya..walau sekadar bertapak di kaki gunungnya.

"Allahumma ya Allah, kenalkan kami pada Mu sehingga kami benar-benar mengenali Mu.."
Nizam pulang agak lewat daripada biasa. Selepas Isyak, dia bermesyuarat dengan para ahli jemaah masjid. Pelbagai isu dan hal yang telah dibangkitkan. Tidak kurang juga laporan daripada usaha yang telah dibuat. Mesyuarat diakhiri dengan doa dan sedikit muzakarah dengan sahabatnya.

Nizam membaca sms yang diterimanya,
< Safi >
” Abang, Safi nak pergi hantar ummi sekejap. Ada hal kata ummi. Abang izinkan?”

< Nizam >
”Abang izin. Safi nanti boleh bermalam di rumah ummi,dah lewat. Esok abang singgah ambil Safi.”


Nizam berhenti di persimpangan lampu isyarat. Di sebelahnya dilihat sebuah kereta yang dipenuhi penumpang remaja. Nizam beristighfar apabila melihat pasangan muda lelaki perempuan sedang berpeluk dan bercium. Pastinya belum bernikah kerana umur yang masih bersekolah. Nizam membunyikan hon sebagai isyarat membantah perlakuan itu dan kenderaan itu terus memecut pergi. Matanya basah, hatinya geram. Sungguh para muda mudi yang bergelumang dengan maksiat tidak menyedari betapa pedih dan dahsyatnya azab Allah. Cahaya petunjuk terhijab lantaran hati yang hitam dengan dosa. Sebab itu sering dikatakan mereka kepada orang yang ikhlas menegakkan syariat Allah sebagai penyibuk dan macam-macam lagi. Hakikatnya, para pendakwah ini sama sekali tidak ingin para pemuda ini menyediakan dirinya untuk diazab Allah, menjadi bahan bakar nerakaNya. Kasih sayang manakah yang lebih unggul daripada menyelamatkan seseorang manusia yang jauh dari perintah Allah supaya mendekati, mengenal Allah. Sungguh, hidayah itu hanya milik Allah. Nizam beristighfar dan berdoa.

Nizam menerima panggilan daripada Safi.
”Assalamu’alaikum.. abang dah sampai? Safi dah tiba dekat rumah ummi. Abang, sebelum pergi,Safi dah buat bubur kacang. Abang makanlah ye? ”
”Wa’alaikumussalam Safi..abang dah nak sampai. Insya Allah,nanti abang makan lah bubur kacang Safi yang sangat sedap tu. Amboi...sampai tak sempat abang nak jawab salam..hee” usik Nizam.
” Ye lah, sebab Safi rasa tak sedap ha...”

Panggg!! Cermin depan kereta Nizam tiba-tiba retak. Entah dari mana kereta anak-anak muda tadi memecut datang dan melemparkan benda keras. Nizam bertakbir lantas memperlahankan keretanya untuk berhenti di sisi jalan. Nizam beristighfar panjang.
”Abang...abang...abang?!!! kenapa ni bang?!! Abang?!!..huhuu. kenapa ni bang?”
Nizam tersedar yang isterinya masih di dalam talian.
”Bawa berselawat Safi..bertenang.. Abang ok. Alhamdulillah. Cuma ada benda keras yang kena depan cermin kereta ni tadi. Takde apa-apa yang jadi, cermin je yang retak sikit. Abang pulang dulu ye? Nanti abang telefon lain di rumah.” Nizam menenangkan Safi.
”Ye abang. Bawa elok-elok. Nanti abang telefon Safi ye bila dah pulang?”Kedengaran Safi masih lagi risau. Suaranya masih terisak-isak menangis.
”Insya Allah,jangan menangis,nanti ummi risau. Assalamu’alaikum.” Nizam meletakkan telefon. Dilihatnya kawasan cermin hadapan yang retak seketika dan kembali meneruskan perjalanan.

Setibanya di rumah, Nizam berjalan ke dapur sambil menelefon isterinya. Dilihatnya bubur kacang yang disediakan masih panas. Nizam menggelengkan kepala sambil tersenyum apabila tiga panggilannya tidak dijawab. Mungkin Safi sedang solah untuk menenangkan dirinya. Begitulah kebiasaannya.

------------------------

”Perniagaan abang ditimpa masalah sikit. Ujian dari Allah untuk kita. Mungkin kita terpaksa susah sikit lepas ni. Abang pun mungkin akan sibuk sikit untuk selesaikan masalah ini. Safi ok?” Nizam bertanyakan isterinya.
”Alhamdulillah abang, Safi ok. Jangan lah Abang risaukan tentang Safi. Safi faham masalah abang. Apa yang dapat Safi bantu, Safi bantu. Susah senang, kita sama-sama, abang. Sentiasa harap dan doa pada Allah.” Safi berbicara dengan lembut.
”Masya Allah..terima kasih Safi. Maafkan abang kalau ada kekurangan, ada kelemahan abang selama ini dalam menjadi suami Safi.. abang..”
Safi memintas, ”Jangan cakap begitu,abang. Abang suami Safi, jodoh ketetapan Allah pada Safi. Jangan abang lemah semangat. Susah abang, susah Safi juga. Safi bersyukur sangat kerana dikurniakan abang sebagai suami Safi. Lagipun Safi sayangkan abang kerana Allah. Takkan goyah hati Safi dalam mentaati abang, suami Safi. Abang kena kuat!” kata Safi mendorong Nizam.

“Susah senang kita bersama.”



------------------------

Nizam menghabiskan bubur yang disediakan isterinya. Sedap. Isterinya seringkali tersenyum indah saat dia memuji masakannya. Nizam mencapai telefonnya. Dia bimbang mengganggu isterinya jika dia masih larut dalam bersolah. Dia yakin isterinya akan menelefonnya setelah selesai.

Seketika, hatinya menjadi sebak. Tubuhnya bergementar. Nizam berasa hairan dengan perubahan dirinya seketika tadi namun dia kembali membersihkan mangkuk bubur yang dihabiskannya.

Nizam menghantar pesanan sms kepada isterinya,
< Nizam >
” Sedapnya bubur kacang Safi. Licin abang makan. Agaknya ada tak bubur begini di jannah nanti? Hee..Telefon abang ye nanti.”

Nizam tersenyum membaca sms yang ingin dikirimnya. Nizam juga agak risau bimbangkan isterinya masih resah akan kejadian sebentar tadi. Selesai berwudhu, telefon Nizam berdering.

“Zamm…” kedengaran suara ibunya yang terisak-isak menangis. Rasa cemas segera menyelubunginya tetapi Nizam cepat-cepat beristighfar.
“Ke..kenapa..um..ummi?” Nizam gugup.
“Safi, zam.. Safi terlibat dengan kemalangan. Huu..”
”Innalillah hi wa inna ilai hi rajiun...macam mana keadaannya ummi? Macam mana dengan Safi? Macam mana dengan dia?” tanya Nizam cemas.
“ Pak Arshad bagitahu, Safi dah meninggal dalam perjalanan ke hospital. Sabar ye Zam..anak ummi..huu..”

Nizam merasakan dadanya begitu sesak. Nafasnya tercungap-cungap. Seakan udara di sekelilingnya telah menjauh darinya. Telefon terlepas dari genggamannya. Nizam terduduk. Air mata mula bercucuran mengalir.
”Ya Allah..Safi ku..Ya Allah..”

---------------------

Selesai bersolah dan berdoa. Nizam memulakan perjalanan menuju ke hospital. Sebelumnya, dia singgah mengambil ibunya dan berusaha menenangkan ibunya yang telah kehilangan menantu yang dikasihinya. Ibunya menceritakan kepada Nizam apa yang berlaku dan apa yang diceritakan Pak Arshad yang tinggal di kawasan kejadian di dalam perjalanan mereka.

Ibunya memberitahu bahawa selepas kejadian kereta Nizam dibaling benda keras, Safi menjadi begitu risau dan meminta izin dan bersalaman dengan ummi untuk pulang melihatkan keadaan Nizam. Tetapi dalam perjalanan pulang ke rumah, Safi cuba mengelak kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke simpang. Akibatnya Safi terbabas melanggar sepohon pokok.

Nizam tabah mendengarnya.

Cerita dari Pak Arshad pula menyatakan sebelum Safi menghembuskan nafas terakhir,dia meminta Pak Arshad mengambil telefon di dalam beg bimbitnya. Safi sempat membaca sms terakhir yang dikirim dari Nizam dan tersenyum indah. Dia berpesan kepada Pak Arshad agar memberitahu Nizam untuk memaafkan segala kesalahan dan meredhai dia sebagai isterinya. Dia menghembuskan nafas terakhir dengan lafaz syahadah.

Dalam ketabahannya,air mata Nizam mengalir perlahan.

--------------------------

Perlahan, Nizam membuka kain putih yang menutupi wajah isterinya. Dia mengucupi dahi jenazah isterinya dan memandang wajah bersih Safi. Nizam mengatur nafas dan tersenyum indah memandang jenazah isterinya.

” Allah mengetahui bahawa abang telah meredhai Safi sebagai isteri yang solehah pada abang. Bagi abang, Safi adalah sebaik-baik kesenangan dunia. Safi telah mentaati perintah Allah dengan sabar melayani segala kehendak suami Safi. Abang memaafkan segala kesalahan Safi sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Abang meredhai Safi pergi. Sungguh, Safi seorang isteri yang terbaik pada abang. Semoga Safi tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Berbahagialah duhai isteriku,Safi..”

Rasulullah s.a.w bersabda ; ”Sesiapa saja wanita yang meninggal dunia dan suaminya meredhainya maka ia masuk syurga.” (Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim)

----------------------

”Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” - Ali Imran : 139

Kasih sayang bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi, kasih sayang menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri penghidupan. – Hamka.

Berbahagialah orang-orang yang beriman.
Penghujungnya adalah kebahagian, bagi setiap yang beriman pada Allah dan Rasul Nya.
-----------------------------------------------

TAMAT

oleh : ahmad fikry

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11304.msg139428#msg139428

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Khamis, 22 April 2010

assignment..assignment..assignment...tidak cukup lagikah???

"aduiii...belum siap 8 assignment..datang lagi sepuluh..rasa macam dah jadi mesin pencetak jawapan ja...masuk tugasan..keluar jawapan..wahhh...hebatnyaaa"

inilah lumrah hidup sebagai pelajar KPLI...hmm..sebenarnya KPLI in best..tapi, mungkin disebabkan tempoh pengajiannya yang sangat2 singkat..membuatkan pelajar yang mengikutinya tertekan dengan keadaan dan masa..di sini lah pentingnya pengurusan masa yang cekap serta ketahanan mental yang kuat.. kerja jangan bertangguh..sebab..sekali kita bertangguh..nescaya.."nda siap2 la tugasan kamu tu" bak kata orang sabah..hehe..
anyway, skg ni tgh nak siapkan keja tugasan yang masih berlambak..minggu depan ada kursus khas modul pedalaman..macam best ja bunyinya..ntah apa yang akan dibentangkan nanti..harap-harap best juga la..kursus tu 2 minggu..lepas tu, ada exam pulaaa..
adehh..yang malangnya untuk batch kami kali ini, KISSIM dan BTN juga SPP x ada..jadi payah la kami nanti..sudah duduk nunnnn..jauh di pedalaman..belum lagi settle kursus -kursus remeh tu..harap2 ada la berita gembira nanti..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Isnin, 19 April 2010

Istimewanya menjadi seorang guru...(siri II)

Alhamdulillah... Allah memudahkan urusanku...baiklah, kita sambung semula coretan perjalanan kembara hidupku..=)

>>Aku betul2 bersyukur kepada-Nya kerana sentiasa memudahkan urusanku..Alhamdulillah, selepas aku melepasi tahun akhir di kampus pada mei 2008, rasanya tidak ada istilah "menganggur" kepadaku..mungkin kerana apa sahaja tawaran atau peluang yang ada aku cuba penuhi.. dalam mencari-cari pekerjaan yang tetap inilah aku berpeluang merasai pengalaman bergelar seorang insan yang bernama GURU..pengalaman pertama sebagai guru apabila aku mendapat tawaran sebagai guru ganti selama lebih kurang x smpai sebulan di sebuah sekolah menengah d daerahku sendiri (ini atas tawaran pak cikku sndiri)..walau pada ketika itu aku berasa kurang yakin kerana bimbang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik. mujurlah pada ketika itu sesi P&P sudah berakhir..hanya menjaga exam sahaja dan bertindak sebagai guru kelas...bnyak pengalaman yang ku perolehi d sana..terima kasih kepada pak cikku kerana memberi peluang kepadaku merasai perasaan seorang guru. bermula dari situlah perasaan minat menjadi seorang guru itu timbul walaupun hanya beberapa minggu sahaja bergelar guru..sementara itu, dalam masa cuti sekolah akhir tahun.. aku sentiasa berusaha mencari peluang2 pekerjaan yang ada..tidak dinafikan banyak program temuduga terbuka dan sebagainya..semuanya aku pernah hadiri, tapi mungkin bukan rezkiku di sana. pada jan 2009, aku menerima mesej dari kawan baruku yang aku temui semasa sama2 menyertai program kerjaya, dia mengajakku untuk bersama-sama mencuba nasib di sebuah sekolah swasta kerana kebetulan sekolah itu memerlukan tenaga pengajar kala ini. lalu tanpa ragu-ragu aku terus mencuba nasib di sekolah tersebut. alhamdulillah, berbekalkan sijil-sijil yang aku ada, aku terus diterima sebagai salah seorang tenaga pengajar disekolah tersebut(kawan ku juga di terima). di sinilah sekolah yang banyak mengajarku erti berdikari..perkara yang langsung tidak ku ketahui..segalanya aku pelajari sendiri. sungguh indah aturan perjalanan hidup ini yang ditentukan oleh-NYA, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selama tempoh 4 bulan aku bergelar seorang tenaga pengajar di sekolah swasta tersebut, banyak dugaan dan cabaran yang ditempuh..dengan gaji yang boleh dikatakan kadang-kadang ada..kadang-kadang tiada..berdepan dengan pelajar yang lebih tua dengan karenah yang bermacam ragam masalah disiplin sehingga kadang2 membuatkan aku sedikit tertekan, walau pun begitu, di sini kami belajar menjadi seorang guru yang mencurahkan ilmu bukan kerana gaji semata-mata..tetapi kerana ingin melihat anak-anak murid kami berjaya..disini juga lah aku belajar cara berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermacam ragam dan gaya hidup. semuanya bila ku teliti kembali memberi kesedaran kepada diriku dan sekaligus aku bersyukur kerana lahir dalam keluarga yang bahagia dan sempurna. begitulah hidup ini, disebalik setiap gerak laku manusia serta makhluk dimuka bumi ciptaan-NYA ini mampu memberi ibrah(pengajaran) yang mana ianya menginsafkan bagi orang2 yang berfikir.. selama 4 bulan mengajar di sekolah tersebut, akhirnya ibuku menyarankan aku untuk mengisi borang guru ganti di PPD, ini sebenarnya adalah atas nasihat mak cikku juga..aku tidak menolak malah menurut saranan tersebut..borang guru ganti ku isi. alhamdulillah, tidak lama setelah itu, aku mendapat panggilan sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah, syukur..di sinilah aku sekali lagi merasai suasana menjadi seorang guru sekolah kerajaan. walaupun berkhidmat sebagai guru ganti, tetapi aku masih lagi bekerja sebagai tenaga pengajar pada sebelah pagi di sekolah swasta memandangkan sukar untuk pemangku pengetua sekolah itu melepaskan aku ketika itu, aku akur..lalu aku melaksanakan kedua2 tugasku itu sebaik mungkin..pagi2..ke sekolah swasta..menjelang kul 12t.ari( aku d benarkan pulang awal untuk memastikan aku boleh sampai ke sekolah seterusnya sebelum waktu masuk)aku bergegas ke sekolah rendah yang memakan masa 10minit dan jika keadaan sesak ia memakn masa lebih kurang 20minit..aku betul-betul berterima kasih kepada keluargaku yang sentiasa setia menghantar dan mengambilku tambahan bila aku bertugas sebagai guru di dua sekolah yang berlainan. secara jujurnya, aku agak kagum dengan diriku kerana mampu bekerja dalam dua situasi berbeza..berdepan dengan pelajar yang dewasa dngan berdepan dengan kanak-kanak dengan sukatan pelajaran yang berbeza,tetapi aku masih mampu bertahan..walaupun setiap hari terpaksa memikirkan masalah di kedua-dua sekolah, sampai di rmah sekitar pukul 6.30ptg, hmm..betul la kata-kata pengalaman sebenarnya mendewasakan kita. aku banyak belajar daripada pengalaman ini..rindu pula dengan kesibukan sebegitu..hehe. akan tetapi aku bertugas sebagai guru ganti hanya sebulan lebih..kemudiannya, aku kembali bertugas seperti biasa sebagai tenaga pengajar disekolah swasta..tidak lama kemudian, aku menerima tawaran sebagai guru sandaran tidak terlatih(GSTT) di sekolah rendah yang lain sebagai seorang ustazah..(aku ni selalu mengisi borang kekosongan jika ada peluang2 yang datang..)disini la bermulanya tugas baruku yang mana ianya juga petanda berakhirnya tugas ku sebagai tenaga pengajar di sekolah swasta kerana masa persekolahan di sekolah baru tersebut hanya sesi pagi sahaja.. belum pun sempat berada lama di sekolah tersebut, hanya tiga hari sahaja, aku menerima tawaran mengikuti kursus KPLI pula..dan kini..aku masih berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, sebagai seorang guru pelatih KPLI SR pangajian sains. syukur kepada Allah S.W.T kerana DIA la yang menentukan jalan hidupku selama ini..kadang-kadang terngiang-ngiang di telinga perbualan ku dengan seorang kakak yang berada di sebuah kedai buku: " kak, sy nak beli surat kabar ni k.."kataku kepada kakak penjual tersebut. sebenarnya sudah banyak kali aku pergi ke kedai buku tersebut semata-mata untuk membeli surat kabar; beli sebab nak tgk peluang kerja yang ada..hehe.kak tersebut bertanya" er, cikgu ni mengajar di mana?" tergamam aku seketika bila kakak tersebut mengelar diriku cikgu..dengan menghadiahkan sengihan kepadanya, aku berkata" er, saya bukan cikgu kak..hehe". agaknya ada ciri-ciri cikgu kot dalam diri ku ini sehingga membuatkan kakak penjual tersebut bertanya begitu. geli juga hati ini bila teringatkan kisah itu, ibuku yang berada di kereta juga turut tersenyum bila ku kisahkan kejadian tersebut kepadanya..ibu hanya menjawab:" amin..harap2 ianya menjadi kenyataan..". dan Alhamdulillah..berkat doa ibuku..aku kini bakal menjadi seorang insan guru...aku berjanji akan memberikan yang terbaik buat anak2 didikku..smoga Allah memberi kekuatn kepadaku..amin...

" Andai ku tahu begini perasaannya menjadi seorang guru, tentulah sudah lama aku ungkapkan..betapa istimewanya menjadi seorang insan yang bergelar GURU..=)"

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Ahad, 18 April 2010

Istimewanya menjadi seorang guru...

"Lilin Seorang Guru"

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

by: in-team

>> syahdunya bila mendengar lagu ni..walaupun aku masih baru dalam arena perguruan..sudah terasa keseronokan menjadi seorang insan guru.(belum pon posting..hehe)Em..ntahla, waktu kecil2 dulu aku akui, aku kurang berminat dengan bidang ini, mungkin kerana berasakan sudah terlalu ramai insan2 dalam kalangan ahli keluargaku sendiri(pak cik2, mak cik2, spupu-spupu) semuanya adalah guru. walaupun ibubapaku bukanlah guru, tetapi memandangkan corak pekerjaan keluargaku rata-ratanya guru, aku terus nekad mencari jalan lain kononnya untuk mencari kepelbagaian corak hidup dalam keluargaku.."asyik guru..je, baik cari pekerjaan yang best sikit..saintis ke, doktor ke.."getus suara hatiku. pada ketika itu, aku betul2 meletakkan pilihan guru antara yang terakhir..walaupun desakan ibuku memintaku memohon kursus pendidikan d Universiti..walaubagaimanapun, atas desakan tersebut, terpaksala aku meletakkan pilihan guru dipertengahan(pilihan3) untuk menyeimbangkan pilihan ku ketika itu. aku akui aku boleh mendapatkan kursus pendidikan tersebut, tetapi hatiku bukan disitu, aku lebih membayangkan pekerjaan lain iaitu saintis..ya saintis muda yang berjaya..lalu..anganku menjadi kenyataan apabila aku diterima di sebuah Universiti tempatan,dalam bidang "Kimia" walau jarak kampusku dengan kampung halaman dipisahkan dengan laut China Selatan namun ianya x menjadi faktor untuk melunturkan tekad ku, malah inilah yang ku mahukan..akhirnya, setelah lebih kurang 3 tahun berhempas pulas, aku berjaya mendapatkan segulung ijazah, aku terus balik ke kampung halaman dan berharap akan berkhidmat di negeriku sendiri..namun, walaupun aku pernah berkali-kali di temuduga, nasib tidak menyebelahi diriku apabila saingan sengit ditambah dengan keperluan dinegeriku sendiri x mengizinkan aku mencapai cita-citaku..pernah juga terfikir untuk berhijrah, namun ibuku melarang untuk aku bekerja jauh darinya..memandangkan perkara itu, aku terpaksa mencari apa jua peluang pekerjaan yang ada di tempatku sendiri dan ianya semestinya dari sumber yang halal..pelbagai pengalaman ku perolehi..aku sengaja mencuba banyak pekerjaan walau kadang-kadang ianya tidak berbaloi kepada diriku yang sudah mengenggam segulung ijazah.." sekadar mentarbiyah diri.."bisik hatiku...[ to be continued..=)]
"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sabtu, 17 April 2010

Laskar Pelangi...





mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…


by:Nidji, Ost Laskar Pelangi

>> gambar di atas merupakan gambar kelas 4 Bestari dengan ragam mereka masing-masing..gambar kecil dibawahnya pula adalah dua orang murid kesayanganku yang juga dari 4 Bestari(bukan bias k..).kelas mereka ni mmg antara top '2' kelas yang mana guru-guru selalu mengeluh dengan kenakalan mereka..mula-mula mengajar drg ni, rasa macam x yakin ja boleh kawal kelas..tapi, sebenarnya mereka bukan la seteruk yang disangka, pasal tu saya sayang sangat dengan dorang ni, they are very special for me. Bila dgr lagu laskar pelangi ni..teringat pada anak-anak muridku 4 Bestari, SKBPT ketika mereka menyanyikan lagu ini di hari terakhir praktikumku semalam..thank you class, I love U all..U are MY STARs..=)


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

perpisahan demi perpisahan..

hm...selama tidak menulis di blog ni..bnyk peristiwa yang telah berlaku.. yang pertama: kehilangan seorang sahabat..pada hari khamis yang lepas..di saat pelatih KPLI menghabiskan masa-masa terakhir mereka untuk sesi praktikum yang tinggal 1 hari sahaja lagi, sahabat saya yang seorang ni pula terpaksa menempuh ujian yang bukan semua orang boleh berdepan dengan ujian tersebut..sahabatku ini telah melangkah meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, tiada siapa yang tahu adakah ianya untuk seketika atau selama-lamanya dan tiada siapa yang pinta untuk kejadian ini berlaku..hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik ujian yang DIA berikan.. rasa sedih yang tidak terhingga bila mengenangkan pemergian sahabatku ini..berat rasanya menghadapi perpisahan ini.. yang kedua: hari berikutnya, iaitu semalam,sekali lagi aku diuji dengan perpisahan..ini merupakan hari terakhirku bersama warga SKBPT(S.K Batu Payong, Tawau), terasa baru sahaja semalam kami menjejakkan kaki, melapor diri sebagai seorang guru praktikum, semacam baru sahaja aku melangkahkan kaki memasuki kelas..memperkenalkan diri, membawa mereka menyanyi..seperti baru sahaja kami bersama-sama merasai suasana perkhemahan SKBPT yang mana bunyi desiran ombak lautnya,tidak akan ada di semua sekolah..seperti baru juga kami bersama-sama menyiapkan projek menconteng dinding sekolah..membuat konvoi ke sekolah d kala orang lain masih berselimut, bergelak ketawa dengan keringat dan tangan yang mula kejang kerana berusaha menyiapkan contengan...terasa baru sahaja melihat anak-anak murid melambai-lambai sambil menjerit.."selamat jalan cikgu!!!..jumpa lagi cikgu!!".. ahh! sukar benar melupakan kenangan ini..kenangan-kenangan itu bagaikan slideshow yang silih berganti memenuhi ingatan..x pernah putus..buat rakan-rakan guru sepraktikum, sungguh banyak kenangan yang tercipta sepanjang kita berada di sana..gurau senda, usik mengusik, kenangan bergambar bersama-sama di tepi pantai..mural projek, ub camping, pasar rabu, makan di restoran kayu manis..pasti akan saya sematkan sekukuh-kukuhnya di sanubari..biarlah ianya menjadi antara kenangan yang terindah bagi diri ini..sedih nya menghadapi perpisahan ini..berat rasanya melalui ketika ini..tetapi "setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan ingatlah, perpisahan itu bukan bererti titik noktah buat sebuah perkenalan.."


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Selasa, 13 April 2010

Jamuan perpisahan...


hari ini x ada kelas..jadi ada masa mau siapkan keja2 yang masih berlambak..adoi..pening2..anyway..seperti yang saya nyatakan sebelum ini, hari ni kami ada jamuan perpisahan yang mana selain perpisahan kami guru-guru praktikum yang tinggal beberapa hari sahaja lagi di SKBPT, jamuan itu juga turut meraikan guru-guru SKBPT yang baru sahaja berpindah ke sekolah lain..sedih bila dengar ucapan pen. kanan 1..rasa mau nangis ja..tapi tahan2..dalam jamuan ini juga..walaupun GB x dapat hadirkan diri, tapi dia telah mewakilkan Pen. Kanan 1 utk menyampaikan hadiah peribadinya kepada kami..terharu..belum lagi jumaat ni..Ya Allah..beri daku kekuatan..gambar kat atas ni gambar hadiah2 yang disampaikan pada masa tu..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Rekod baru..hehe

hmmm....penat betul sehari suntuk semalam..bukan apa,sampai IP semalam jam hampir mencecah ke angka 9mlm...wow!! rekod baru nampaknya..sy ni x suka drive malam2..pasal tu jadi rekod baru tu..actually semalam lepas habis masa persekolahan..ada majlis tahlil..dah tu, selesai majlis tu, p pula ke bandar..pusing2 bandar..bnyak benda yang di buat..ambik duit, bayar broadband,beli bahan BBM, beli hadiah sekolah, beli hadiah guru, beli hadiah murid,beli macam-macam..sedar2..dah malam..tu yang sampai IP lewat tu..di tambah lagi kalo saya yang memandu macam pelumba F1 ni..hehe. elaun yang baru masuk pun...semakin berkurang..adehh..ni la kalo membeli x ikut perancangan..apapun, rasa gembira ada..terutama sekali bila dapat belikan dua hadiah SUPRISE!! yang sy janjikan dengan anak murid saya...nasib baik mama call time petang semalam..kalo mama call malam..mesti dia marah kalo tau lewat balik..hehe..Syukur perjalanan semalam berjalan dengan baik.. sampai je bilik terus pengsan =) anyway, hari ini akan ke sekolah lagi..ada majlis lagi tu..majlis perpisahan khas buat kami guru-guru praktikum..aduhai..sayu pula rasa hati ini..yang sedihnya..2 rakan sepraktikum kami x dapat hadirkan diri..x meriah la nanti..=( Thanks for all staf and pupils SK. Batu Payong, Tawau[SKBPT]..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Ahad, 11 April 2010

Bubur kacang versi Mawar




wahhhh....hmmm....akhirnya..setelah lebih kurang 2 jam berhempas pulas..akhirnya rice cooker yang menjadi mangsa telah berjaya menghasilkan sajian sarapan pagi hari ini iaitu.."Bubur kacang mawar berduri" hehe...sapa kata duk asrama x bleh masak?? hehe..[dalam hati: abih la aku kalo ada warden sportcheck kala ini]adeh..awal pula siap sarapan..ada kawan x bgun lagi nih..aii..nampaknya sy kena makan roti dulu la buat alas perut..nanti kang merajuk pula lagi perut ni..hehe..lepas ni, boleh la buat bubur nasi untuk makan t.ari..adehh..actually penat mau masak ni..tapi, apa boleh buat...nasi not allowed untuk perut sy tika ini..adehhh..





"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Pagi yang menyegarkan...

Selamat pagi semua...mulakan hari anda dengan senyuman..hehe.. buka tingkap tgk pemandangan pagi di IP tawau..Alhamdulillah..saya masih berpeluang untuk menghirup udara segar kurniaan tuhan selepas "dimatikan" sebentar semalam..=)jarang-jarang tau dapat hirup udara segar kat balung ni..orang yang duk kat balung ni mesti tau napa..hehe. alamak..lupa baca doa pagi..dekat kampus dulu..selalu baca..hm..skg kealpaan semakin merajai..jom baca doa pagi sama-sama: "Allahumma inni asbahtu ush hiduka..wa ush hidu hamalata arsyika wa malaa ika taka..wa jami'a kholki ka annaka antallah(2X)..la ilah ha illa anta wahdaka la syarikalaka... wa anna muhammadan abduka wa rasuluka.."

hm..hampir lupus doa ni dari ingatan sbb x amalkan..sesiapa yang nampak kesalahan harap diperbetulkan.. skg ni tgh masak bubur kacang..nak ajak kawan2 lain makan..mesti best makan sarapan bubur kacang dengan kawan-kawan..hehe. tapi, x leh nak jemput semua..buburnya x bnyak..hehe..sapa ya aku nak jemput..hmmm...



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sabtu, 10 April 2010

Selamat Hari Lahir buat LINDA..hehe



adehh...baru jap tdi kawan call dari Tambunan (Linda dalam gambar di atas berada di tengah)...cerita punya main lama..dari cerita pasal assignment..sampaila cerita pasal operation..last-last..baru teringat..dia sambut ulangtahun hari lahirnya hari ini..Laaa..macam mana boleh lupa ni!! adehh... sebagai tanda maaf atas keterlupaan saya tu..saya jadikan catatan ini sebagai catatan KHAS buat Linda yang berada di Tambunan...semoga cepat sembuh..jangan minum nescafe nai kerap sangat, x baik untuk kesihatan..dan smoga cepat bertemu jodoh yang baik..(jgn jual mahal lama sangat..hehe)




"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Petanda apakah itu???

Em..tadi baru habis minum petang..just makan roti celup ngn air vico 3 in 1..hehe. nak dikongsikan d sini..tgh basuh cawan..tiba2 cawan kesayangan tu jatuh pula berderai...aduhh..sedih tul la..bukan senang nak cari cawan tu...ada kenangan pula tu walaupun murah je..kenangan tu yang mahal. nak d jadikan cerita,dalam masa yang sama, tiba2 teringat cerita-cerita biasa yang main dalam tv..asal kaca pecah, jarum cucuk jari..mesti ada sumting petanda yang tidak baik..Nauzubillah..Astaghfirullahalazim..Allah lebih mengetahui segala-galanya..hope all be fine..lepas ni mau call keluarga..


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Sarapan yang berisi...=)

>> Sebentar tadi baru je habis sarapan ngan kawan seblok( kak lily)..makan bubur nasi je..skg kebetulan mmg perut x leh terima makanan lain..under treatment..hehe..duhai perut..cepat-cepatlah sembuh yee..lepas ni,aku akan jaga ko..x macam dulu lagi..air gas..pedas2 semuanya di sumbat..ciannye perut ni..huhu. teringat pula sabda Rasulullah,yang bermaksud: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat". "hm..tulah x dgr ckap mak..kan dah sakit.."aku bermonolog sendirian..apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..=) cerita pasal makan ni, jumpa pula satu artikel yang best untuk dikongsi bersama..kena betul ngan diri aku sendiri..humm..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..check it out!!


MAKANAN DALAM ISLAM

KEPENTINGAN memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia.

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: ?Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.? (Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: ?Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.? (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.

Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dalam keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: ?Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.?

Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Allah berfirman yang bermaksud: ?Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah.

?Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.? (Surah an-Nahl, ayat 114-115).

Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.

Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah. Ketiga, dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.

Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan.

Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Dari aspek adab pemilihan makanan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.

Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika salihah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.

Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.?

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: ?Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.?

Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ?makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.? Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Sementara ?berhenti sebelum kenyang? pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ?kilang? dalam perut untuk memprosesnya.

Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan.

Harus kita insaf bahawa kelalaian dan kealpaan kita mengurus dengan baik segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah, akan membawa padah kepada diri kita sendiri.

source: http://kokde.blogspot.com

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."