welcome graphic

Welcome board =)

Ahad, 21 Ogos 2011

RESEPI BUBUR LAMBUK RAMADHAN

SALAM RAMADHAN,,

minggu dpn giliran moreh dkt surau Nandagan, em..rasa nak buat bubur Lambuk pula..jadi try cari kat internet..hehe..dapat juga yang berkenan d hati..hopefully jadi la..esok p bli bahan sblum masuk g skola..;p CHECK IT OUT!!!

Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

RAMADHAN 2011

SALAM RAMADHAN,

catatan pertamaku untuk tahun 2011...=)
em, sedar x sedar...17 Ogos 2011 yang lepas, genap setahun saya bergelar guru.. em, macam baru sahaja posting ari tu..;p Ramadhan kali ni pun terasa sangat cepat berlalu.. pejam celik..dah tinggal seminggu lebih ja lagi..

adui..yang sedih kali ni, gusi pula meragam..sakit sangat2..ntahla..dah beberapa kali berulang sakit gusi ni..hopefully xda masalah..ari tu g klinik, dr. suggest buat x-ray..huhu..jangan jadi macam2 suda la..

anyway, takat tu ja tuk kali ni..ayam pun dah berkokok, harapnya, Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada diriku dan keluarga..

p.s: ntah napa rasa x bersemangat nak raya tahun ni..hehe;p





"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."