welcome graphic

Welcome board =)

Selasa, 13 Julai 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Syaaban..=)

Salam Syaaban..=)

Alhamdulillah..skg sudah masuk bulan syaaban..habis bulan ni..akan muncullah Ramadhan..Ya Allah.. semoga aku dapat memperbaiki amalan dan ibadah ku sepanjang bulan2 barakah ini...berikanlah aku kekuatan..sesungguhnya tiadalah kekuatan melainkan hanya daripada -Mu ya Rabbi..amin..


"Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah "

bersama-sama ini sy titipkan sedikit perkongsian ilmu tentang Bulan Syaaban..namun, segala kelebihan serta fadhilat kepada amalan-amalan sunat yang saya paparkan ini bukan bertujuan menjadikan kita fokus kepada ganjaran tersebut, tetapi sekadar satu motivasi untuk kita beramal dan semoga amalan kita itu menjadikan kita berada lebih dekat dengan-Nya..belajarlah untuk ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua..amin..

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

*Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada
hambanya.
*Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka
Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama
70 tahun.
*Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat
sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir,
berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan
membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
*Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah
mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum,
mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka
terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim.


HADIS :PUASA DI BULAN SYAABAN

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )



2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)


Penerangan Hadis


1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.


" Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan.."
P/S: JOM PUASA SUNAT =)


Sumber: http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/bulan_islam.asp
http://aki2004.wordpress.com/2009/07/28/fadhilat-syaban/

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Tiada ulasan: