welcome graphic

Welcome board =)

Ahad, 18 September 2011

RENDANG AYAM SEDAP N SIMPLE

Salam syawal...



RESEPI RENDANG AYAM

Bahan-bahan ( satu family )

1 ekor ayam-dipotong ikut suka
Bahan2 digiling:-
@ 10 ulas bawang merah
@ 4 ulas bawang putih
@ 15 biji cili api
@ 15 tangkai cili kering
@ 1 inci halia
@ 1 inci lengkuas
@ 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara

Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.


Sumber:http://www.myresipi.com

P.S: masak masa rumah terbuka ari tu,1st time buat..alhamdulillah jadi..(^^) cubalah..


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

BEST nyer jumpa kawan2 lama..(^^)v

Salam syawal,


Kemarin p ranau...g majlis perkahwinan kawan lama skola menengah dulu.. ramai kawan2 hadir..best dapat jumpa semua..tapi mcm nda puas pula bercerita..masa sangat mencemburui..huhu..apapun..pertemuan kemarin membawa saya untuk menyimpulkan bahawa masa yang berlalu tidak sedikitpun melunturkan nilai persahabatan yang terbina..=)

hm..lama nda bertemu..banyak pula kejutan yang diterima..hehe..semoga sahabat2 yang dalam perhubungan..kekal sehingga ke jinjang pelamin..;p

bila tgk kawan2 sorang demi sorang melangkah ke alam perkahwinan..tiba2 terdetik pula di hati.." aku bila lagi???" hmm..sukar untuk menjawap persoalan ni..mungkin hanya DIA yang tau bila agaknya..hehe..;p




"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Ahad, 21 Ogos 2011

RESEPI BUBUR LAMBUK RAMADHAN

SALAM RAMADHAN,,

minggu dpn giliran moreh dkt surau Nandagan, em..rasa nak buat bubur Lambuk pula..jadi try cari kat internet..hehe..dapat juga yang berkenan d hati..hopefully jadi la..esok p bli bahan sblum masuk g skola..;p CHECK IT OUT!!!

Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

RAMADHAN 2011

SALAM RAMADHAN,

catatan pertamaku untuk tahun 2011...=)
em, sedar x sedar...17 Ogos 2011 yang lepas, genap setahun saya bergelar guru.. em, macam baru sahaja posting ari tu..;p Ramadhan kali ni pun terasa sangat cepat berlalu.. pejam celik..dah tinggal seminggu lebih ja lagi..

adui..yang sedih kali ni, gusi pula meragam..sakit sangat2..ntahla..dah beberapa kali berulang sakit gusi ni..hopefully xda masalah..ari tu g klinik, dr. suggest buat x-ray..huhu..jangan jadi macam2 suda la..

anyway, takat tu ja tuk kali ni..ayam pun dah berkokok, harapnya, Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada diriku dan keluarga..

p.s: ntah napa rasa x bersemangat nak raya tahun ni..hehe;p





"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."