welcome graphic

Welcome board =)

Sabtu, 10 April 2010

KITA HAMBA....

kita adalah hamba
yang dihidupkan buat sementara
kita adalah insan
yang hakikatnya adalah hamba

tapi mengapa sering kita
tangguhkan perintah waktu untuk menyembahnya
tapi mengapa kita
selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba


sedang tuhan tidak pernah lupa
untuk mencurahkan segala nikmatnya
bahkan tuhan maha pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat


bangunlah di tengah malam
untuk bermunajat merintih kepadanya
pohonlah kasih sayangnya
agar selamat dunia dan akhirat
bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat


Nasyeed By: Raihan


bila diteliti lirik lagu ni, rasa macam mau menangis pula.. sebagai manusia, kita seringkali lupa dan alpa dengan tujuan sebenar kita di dunia ini.Firman Allah dalam Al-Quran yang berbunyi "tidak AKU ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah KU", Ya, tugas sebenar kita di dunia ini adalah menjadi hamba yang tidak sunyi daripada ibadah..menyembah kepada yang Esa..tetapi, bagaimana dengan diri ku tika ini?? adakah sudah sempurna ibadahku pada-Nya..semestinya tidak..malah banyak lagi lompong2 yang mencacatkan ibadahku yang mesti aku perbaiki selagi nyawaku belum sampai ke kerongkong..nyawa?? aduh..perkara yang sukar, tidak boleh malah mustahil untuk kita jangkakan "pemergiannya"..mungkin esok, mungkin lusa..ntah2 2 jam dari sekarang..hmm..sebagai seorang insan yang terbatas pemikirannya.. seharusnya kita sentiasa bersiap sedia dengan sebaik mungkin untuk menghadap-Nya suatu hari nanti.. "mati itu pasti" kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.. ada debaran membaluti jiwa ini..Ya Allah..segala kekuatan hanya daripada-Mu, tiadalah kekuatan melainkan daripada-Mu..Berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk menempuh segala ujian dan dugaan. bantulah hamba-Mu ini, semoga aku tergolong dalam golongan hamba-hamba-Mu yang diredhai dan disayangi..Amin..

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Tiada ulasan: