welcome graphic

Welcome board =)

Isnin, 29 Julai 2013

Antara Resepi bersungkai Ramadhan ni... =)

Salam Ramadhan..

hadoi, perut senak2 ni .. mcm mana la mau p skola.. tu lah.. minum lagi air berkarbonat.. ok la, sementara mau tunggu masa p skolah.. ( ye la.. sejak pindah skolah ni, dapat pula sesi petang.. adalah masa mau on9.. huhu.. sppbs buat hal.. sy pun bt keja lain la) mau kasi tunjuk resepi yang pernah sy cuba sepanjang ramadhan ni.. menjadi juga, wpun 1st tyme buat.. ntah napa  mcm2 mau makan skg ni.. aihh.. jgn naik badan uda lerr.. nda muat bju raya.. kena kc ketawa husband nnt.. huhu.. k la, check it out! ^^

Nasi Briyani ( masak ngan husband tyme kenduri buka posa di rumah.. hehe.. 1st tyme, tapi bole laa..rmai puji.. wek ;p saya buat untuk lapan pot)


Bahan-bahan 
·         BAHAN ASAS :
·         Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
·         Rempah briyani (slalunya fmly Aufa pakai ADABI)
·         Susu cair dan minyak sapi
·         Perwarna kuning
·         Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
·         BAHAN UTK KISAR :
·         Halia (besar ibu jari)
·         Bawang putih (9 biji)
·         Bawang merah (7biji)
·         BAHAN HIASAN :
·         Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng
Cara-cara
1.    1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
2.    2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
3.    3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
4.    Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)



Nasi Tomato ( paaaaling sy mau makan banyak kali..tpi yg beli pnya.. nda sedap msak sendiri.. hehe )


Bahan-bahan ( 4 orang )
·         2 cawan beras basmati
·         2 biji tomato-potong dadu
·         2 cawan air
·         1/2 cawan susu
·         3 sudu besar sos tomato
·         1 helai daun pandan
·         sedikit garam
·         ## Bahan tumis ##
·         2 sudu mentega/ minyak sapi
·         2cm kulit kayu manis
·         1 kuntum bunga lawang
·         1 biji buah pelaga
·         2 ulas bawang putih-hiris
·         1/4 bawang besar dihiris
·         ## Hiasan ##
·         Bawang goreng
Cara-cara
1.    Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
2.    Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
3.    Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
4.    Masaklah nasi macam biasa.
5.    Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng



Kuih Cara Manis ( sedap juga.. mau bt sekali lagi laa.. kalo rajin..)

Bahan2nya:
 
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak (saya balut daun pandan, kemdian ikat dengan getah. Boleh guna untuk disapu pada acuan nanti)

Caranya
1.           Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2.           Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
3.           Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4.           Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Roti Jala ( haha.. 1st tyme menjala.. ok jugalaa.. kari nda sedap, malas masak ambik dalam tin.. huhu)

Bahan-bahan ( 3 orang )
·         3 cawan tepung gandum
·         2 1/2 camb minyak masak
·         1 camt garam
·         sedikit pewarna kuning
·         1 biji telur
·         4 cawan air/santan/ susu segar
Cara-cara
1.    Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
2.    Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
3.    Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
4.    Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah




<< Nasi Briyani kami.. ( me n my husband;p )













Kuih Cara Manis .. mmm.. sedap kalo lapar.. hehe >>

<< Nasi Tomato.. hehe., simple ja.. nda sedap, sedap lgi yg beli.. ;)















Roti Jala... hehe.. bersama kari ayam tin yang nda sedap.. hehe , kalo buat sendiri lagi sedap kali >>









 k la, thats ol untuk entry kali ni.. ntah berapa bulan baru sy rajin menulis lagi.. hehe.. anyway, bestnya jadi seoramg ISTERI.. ^^  

"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Tiada ulasan: