welcome graphic

Welcome board =)

Isnin, 29 Julai 2013

20 Ramadhan 1934 H

Salam Ramadhan... ALHAMDULILLAHI ALA KULLI HAL...

Alhamdulillah... sampai juga ke Ramadhan kali ni..
syukur dengan nikmat yang Allah berikan.. sehingga ke saat ni mash di beri peluang untuk menghirup udara kurniaan-Nya..

Alhamdulillah.. banyak peristiwa yang berlaku.. bertimpa-timpa kurniaan Allah kepada diri ni, walhal, diri ni selalu alpa dalam menjalankan tugas sebagai hamba-Nya.. takut2, nikmat yang diberi tu adalah ujian dari-Nya.. Ya Allah.. ampunkan dosa hamba-Mu ini.. jadikanlah daku seorang hamba yang tidak terleka dengan nikmat dunia yang engkau berikan.. amin..

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni amat berbeza dengan Ramadhan sebelum ini,  Allah memberi peluang untuk diri ini menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri.. ya, baharu 2 bulan kami melangsungkan pernikahan.. alhamdulillah..  syukur.. satu demi satu doa di makbulkan-Nya.. semoga ikatan ini mendapat redha dariNya..

Alhamdulillah,
setiap perkara menjadi mudah.. ujian kesakitan yang di hadapi mungkin menjadi kifarah kepada dosa-dosa.. Ya Allah, aku redha dengan ujian kesakitan ini.. hamba-Mu yakin, di sebalik ujian ini, menanti 1001 hikmah yang tidak dapat dirungkai oleh akal manusia.. Engkau mengetahui segala apa yang  tidak kami ketahui.. amin ya Rabb..

Alhamdulillah,
Ya Allah, mohon agar Engkau hindarkan kami segala perkara yang buruk, limpahkan keberkatan dan kurniakan kami kelapangan dan ketenangan jiwa dan akal fikiran.. agar kami mampu melaksanakan tanggunjawab kami sebagai hamba-Mu.. kurniakan kami kesihatan dan kemakmuran.. jangan Engkau tarik nikmat keimanan dan petunjuk-Mu dalam diri ini , jangan biarkan diri ini alpa dan leka ya Allah..kerana.. tanpa kekuatan dari-Mu kami tidak punya apa-apa.. peliharalah kami dari siksaan azab api neraka.. amin..


"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

Tiada ulasan: