welcome graphic

Welcome board =)

Ahad, 21 Ogos 2011

RESEPI BUBUR LAMBUK RAMADHAN

SALAM RAMADHAN,,

minggu dpn giliran moreh dkt surau Nandagan, em..rasa nak buat bubur Lambuk pula..jadi try cari kat internet..hehe..dapat juga yang berkenan d hati..hopefully jadi la..esok p bli bahan sblum masuk g skola..;p CHECK IT OUT!!!

Bubur Lambuk Kg. Baru

Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan



"Hargai diri, Hiasi peribadi, Islam is the way of life..."

2 ulasan:

Arfazilah Abka berkata...

Salam..
wui ram..advance ko ah..hihi..well, ko kalau bab masak memasak mmg number 1..tgk la time kmu masak ngam2 betday aku d ip aritu..jilat jariii...hihi..
miss u all~rainbow colours...

NurRamdhan berkata...

salam ramadhan...

tq zila..ingtkan nda da suda yng suda mengomen d blog sy ni..hehe^^ ko apa kurangnya..mst lebih hebat lepas jd ibu ni..hehe..ba, kim slam ngan baby ko ya..siapa tu? si aniq? cubit skali pipi dia tu..hehe.. selamat menyambut hari raya aidilfitri..maaf zahir n batin..^^